Kenyataan Akhbar

Kenyataan Akhbar Setiausaha Politik YAB Lim Guan Eng Di Komtar, George Town pada 8 Disember 2011

Saya dengan ini sesungguhnya memaklumkan bahawa hari jadi Ketua Menteri Pulau Pinang merupakan sesuatu perkara peribadi dan bukan sambutan rasmi yang diraikan oleh Kerajaan Negeri.

Oleh kerana perkara ini bukan perkara rasmi, apa-apa hadiah atau sumbangan tidak akan diterima oleh Ketua Menteri, yang kini berada dalam perjalanan pulang dari Taiwan, mahupun mana-mana pegawai daripada Kerajaan Negeri.

Adalah juga dimaklumkan bahawa sesiapa yang ingin memberi hadiah atau sumbangan boleh berbuat demikian kepada mana-mana badan amal.

 

Zairil Khir Johari

Setiausaha Politik kepada YAB Lim Guan Eng