Kenyataan Akhbar

JASA MENDIANG YB EDWARD LEE AKAN SENTIASA DIKENANG

KENYATAAN AKHBAR

21 DIS 2011

Saya mewakili Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor mengucapkan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit gasing, mendiang YB Edward Lee Po Lin yang meninggal dunia kerana penyakit kanser.

Sesungguhnya pemergian beliau satu kehilangan besar kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor khususnya penduduk di Bukit Gasing kerana mendiang sangat komited, berdedikasi dan kerja kuat untuk kesejahteraan rakyat.

Selama hampir empat tahun menjadi ADUN Bukit Gasing, mendiang sangat dekat di hati rakyat kerana sentiasa berusaha menyelesaikan masalah-masalah rakyat terutama isu keselamatan, perumahan, kebersihan dan kesesakan jalan.

Saya telah melawat keluarga mendiang di Petaling Jaya malam tadi dan sempat mengucapkan takziah secara peribadi kepada keluarga terdekat mendiang YB Edward Lee Po Lin.

Segala jasa-jasa mendiang kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor akan sentiasa dikenang.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

MENTERI BESAR SELANGOR