Kenyataan Akhbar

BN Pulau Pinang Dan Dr Teng Hock Nan Dicabar Untuk Menunjukkan Bukti

BN Pulau Pinang Dan Dr Teng Hock Nan Dicabar Untuk Menunjukkan Bukti Bahawa Saya Telah Membuat Bayaran RM14.7 Juta Dalam Skandal Tanah Tang Hak Ju Sungguhpun Kes Ini Masih Dalam Proses Rayuan Semata-mata Demi Kepentingan Peribadi Saya.

BN Pulau Pinang dan Dr Teng Hock Nan dicabar untuk menunjukkan bukti bahawa saya telah membuat bayaran RM14.7 juta dalam skendal tanah Tang Hak Ju sungguhpun kes ini masih dalam proses rayuan, semata-mata demi kepentingan peribadi saya. Saya tahu BN Pulau Pinang dan Dr Teng marah saya kerana saya enggan menarik balik atau meminta maaf kerana menyebut kes tanah Tang Hak Ju sebagai satu skendal.

Akan tetapi mengapakah beliau atau BN Pulau Pinang tidak berani menyaman saya ke mahkamah kalau saya tidak bercakap benar? Saya telah menyatakan samada kerugian kepada kerajaan negeri adalah RM40 juta ataupun RM14.7 juta ataupun RM500,000 ia tetap satu skendal. Jumlah wang yang kerugian rakyat samada RM40 juta ataupun RM500,000 tidak menukar istilah skendal kepada bukan skendal samada seperti yang haram tidak boleh dihalalkan hanya kerana jumlah yang terbabit dikurangkan.

Oleh kerana BN dan Dr Teng tidak berani buat saman malu ke atas saya, mereka telah membuat suatu tuduhan serius bahawa saya lebih suka membayar RM14,7 juta pampasan dalam skendal tanah Tang Hak Ju kepada mahkamah atas kepentingan peribadi saya. Tuduhan ini adalah serius kerana menyatakan saya telah menyalahgunakan kuasa saya untuk membuat bayaran RM14.7 juta kepada Tang Hak Ju dalam mahkamah yang sepatutnya tidak dibayar.

Mahkamah telah melepaskan wang RM14.7 juta kepada Tang Hak Ju tanpa restu kerajaan negeri. Tetapi bolehkah Teng dan BN mengambil pendirian bahawa kerajaan negeri berkuasa untuk engkar perintah mahkamah?

Kerajaan negeri telah menurut perintah mahkamah dan nasihat daripada Penasihat Undang-undang Negeri Pulau Pinang yang dilantik oleh Peguam Negara. Semua rekod ada minitkan bahawa pembayaran RM14.7 juta ini dibuat atas nasihat Penasihat Undang-undang sungguhpun dengan tidak rela hati oleh kerajaan negeri. Tuduhan BN Pulau Pinang dan Dr Teng adalah sungguh tidak bertanggungjawab dan serius kerana dibuat ke atas saya atau Penasihat Undang-undang Pulau Pinang bahawa pembayaran dibuat daripada dana wang rakyat kemudian dipolitikkan isu berkenaan demik kepentingan peribadi.

Bayaran deposit RM14.7 juta merupakan 50% daripada jumlah kos ganti rugi sebanyak RM29.4 juta kepada Tang Hak Ju. Sekiranya bayaran faedah yang dianggarkan sebanyak RM10 juta diambilkira, maka jumlah kos pampasan adalah sebanyak RM40 juta. Kes ini berlaku bila kerajaan BN yang lama “tersilap’ dengan  memberikan kelulusan tanah seluas 10.6 ekar dan permit kuari kepada Tang Hak Ju atas tanah yang tidak dimiliki kerajaan negeri tetapi oleh pihak swasta.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendepositkan wang sejumlah RM14,678,135.50 ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 18 Mei 2009 seperti yang telah diperintahkan oleh mahkamah pada 19 Febuari 2009 sungguhpun skendal tanah ini berlaku pada pentadbiran lama.Berikutan suatu keputusan oleh Mahkamah Rayuan baru-baru ini telah mengurangkan bayaran ganti rugi untuk Tang Hak Ju kepada RM500,000/-. Akan tetapi perkara ini belum muktamad kerana proses perundangan belum selesai dan mungkin dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan

Adakah kerajaan BN bersedia menghormati prinsip akauntabiliti menanggung pembayaran sekiranya kerajaan negeri PR berjaya mengurangkan pembayaran kepada RM500,000/-.. Lagi serius jika RM14.7 juta deposit yang telahpun dibayar kepada Tang Hak Ju tidak dikembalikan kepada kerajaan negeri adakah BN Pulau Pinang dan Dr Teng rela membayar RM14.7 juta ini?

Setiausaha BN Datuk Seri Dr Hilmi Yahya pula menyatakan bahawa Suruhanjya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM) pun telah sahkan bahawa kes ini bukan skendal atau penipuan sungguhpun kerajaan negeri tidak dimaklumkan tentang perkara ini. SPRM sepatutnya menghubungi kerajaan negeri yang buat laporan kepada SPRM tetapi tidak dimaklumkan langsung yang seterusnya menimbulkan soalan samada SPRM bertindak hanya sebagai alat dan senjata politik BN.

Lim  Guan Eng