Wawancara

Dr. Ong Kian Ming: Menjembatani akademia dalam politik semasa – Bah. 1

Kerangka akademik mungkin sahaja boleh terpisah dengan dunia politik. Apa pun dalam konteks semasa, menyertai parti politik bukan bererti kebebasan akademik terhalang malah amat diperlukan untuk memenuhi cita-cita dan aspirasi perjuangan. Ikuti wawancara eksklusif wartawan Roketkini, Izmil Amri berkisar kepada halatuju dan sistem pilihanraya di Malaysia bersama seorang tokoh muda, Dr. Ong Kian Ming, pakar dalam bidang analisa politik dari UCSI University yang baru menyertai DAP. Gambar oleh Wira Andika.

Latar belakang dan pendidikan

Nama saya Ong Kian Ming. Saya lahir pada tahun 1975, berasal dan membesar di Petaling Jaya, saya bekas pelajar sekolah La Salle bersama Nik Nazmi dan juga Lim Guan Eng yang juga pernah belajar disana dari darjah satu sehingga tingkatan tiga. Selepas tingkatan tiga, saya mendapat biasiswa untuk menyambung pelajaran ke Singapura selama empat tahun sebelum menyambung pelajaran ke UK dalam bidang ekonomi undergraduate dan Master di London School of Economic dan Cambridge University. Selepas itu, saya kembali ke Malaysia dan bertugas perundingcara pengurusan (management consultant) di Boston Consulting Group selama dua tahun.

Dalam tempoh itu, saya telah ke Singapura, Hong Kong dan Indonesia dan saya telah membuat keputusan untuk meninggalkan bidang korporat membuat analisa politik. Disitulah bermulanya kerjaya saya dalam bidang politik.

Pada tahun 2004 selepas saya berkahwin dan selepas Pak Lah telah menang pada PRU-11 dengan majoriti yang besar, saya telah menerima biasiswa daripada (yayasan) Fullbright (Program pertukaran pendidikan antarabangsa) untuk ke Amerika Syarikat dan menyambung PhD dalam bidang Sains dan Politik di Duke University di North Carolina dan ia memakan masa selama enam tahun sebelum menamatkan pengajian pada tahun 2010.

Bagaimana saudara boleh terlintas untuk menceburi bidang politik

Satu perkara yang berlaku dan tidak boleh saya lupakan apabila tahun 1998 Anwar Ibrahim ke London dan apabila Lim Guan Eng ditahan di bawah ISA.

Ramai yang bertanya kepada beliau apa yang sebenarnya terjadi dan masih jelas dalam ingatan saya apabila Anwar bersuara dan dia juga tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan terhadap Guan Eng. Bermula dari situlah saya bersemangat untuk lebih mengenali politik di Malaysia.

Pengalaman kerjaya saudara dalam kumpulan pemikir

Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan Boston Consulting Group dan bekerja di sebuah badan thintank (pemikir) di Institute of Strategic and Policy Analysis (INSAP) untuk MCA selama setahun setengah.

Saya kemudiannya meninggalkan INSAP dan ke sebuah lagi thintank iaitu Socio- Economic and Development and Research Institute, SEDAR yang berkaitan dengan parti Gerakan.

Walaubagaimana pun, ketika itu saya tidak menyertai mana-mana parti sebagai ahli, saya hanya bekerja sebagai penyelidik kerana saya amat berminat dengan pembuatan dasar dan mahu menjadi sebahagian daripada proses itu.

Pada masa itu saya telah membuat banyak kajian dan penyelidikan mengenai pembaharuan system pilihanraya (electoral reform). Saya juga telah menyertai projek yang di taja oleh FriedrichNaumannStiftung dibawah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa IKMAS, UKM dan saya juga menulis dua bab bagi buku Election for democracy in Malaysia terbitan UKM dan diedit oleh Prof Noraini Othman dan juga Prof Prof Mavis Puthucheary.

Saya memang berminat dalam mengikuti sistem pilihanraya sudah agak lama dan bukan sesuatu yang baru. Saya sudah sudah bermula sejak tahun 2001 dan ada beberapa isu yang saya bangkitkan semasa berada di INSAP dan SEDAR.

Awal penglibatan saudara mengenali dan bersama DAP

Ketika berada di Amerika, saya telah bertemu seseorang yang sudah saya kenal. Beliau adalah saudara Tony Pua dan merupakan senior saya ketika di Singapura dalam sekolah yang sama.

Beliau mengajak saya untuk menulis di dalam blog beliau Education Malaysia pada tahun 2006 dan ketika itu juga saya mendapat berita malah beliau ada memberitahu saya bahawa beliau akan menyertai dan berkemungkinan akan menjadi calon bagi DAP.

Selepas pilihanraya 2008 dan dilantik menjadi Ahli Parlimen Petaling jaya Utara, Tony Pua masih menghubungi saya dan banyak berkongsi mengenai isu-isu politik semasa.

Apabila saya pulang dari Amerika, beliau (Tony Pua) menjemput saya untuk membantu DAP untuk memberi nasihat rundingcara (consulting advice) bagi keputusan PRU 2008. Saya telah menyumbangkan dengan cara yang berbeza termasuk untuk pilihanraya Sarawak pada tahun 2011 dengan menubuhkan pusat panggilan sementara (temporary call centre) bagi menghantar SMS dan membuat panggilan kepada pengundi membantu kempen calon DAP di sana. Itulah pengalaman awal saya bersama DAP.

Sebenarnya ia bermula pada 2011 dimana saya menemui Lim Guan Eng di sebuah persidangan dan sama-sama menonton Michael Jordan bermain bola keranjang dan kemudiannya bertemu Lim Kit Siang juga.-roketkini.com

BERSAMBUNG : Bahagian kedua – Mengapa DAP sebagai pilihan.