Rencana

Katanya… Isu kitar semula, politikus putar kata Oleh Daing Yahya

Akhir-akhir ini, UMNO yang lelah untuk menahan segala dakwaan berkaitan rasuah dan salahguna kuasa mereka telah menggunakan bahan-bahan terbuang atau terpakai untuk membantu mereka berdepan dengan Pakatan Rakyat.

Nama-nama seperti Zahrain Mohd Hashim, Hasaan Ali, Zulkifli Nordin kini popular sebagai tukang kempen, tukang kipas kerajaan dan tukang lawan PR telah mengitar semula bahan-bahan lama untuk dijaja kepada rakyat. Katanya, inilah tugas hakiki mereka untuk UMNO. Lucu juga.

Zahrain baru-baru ini meminta kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya untuk menyiasat penyaluran dana asing kepada NGO-NGO (Non Government Organisation) di Malaysia.

Kemudian, ada lagi dakwaan yang cuba dikaitkan dengan apa jua bantuan fizikal/teknikal pihak lain ke atas individu/parti Pakatan Rakyat. Contohnya kes jet eksekutif yang digunakan oleh beberapa pemimpin PR dalam menjalankan kerja atau kempen politik mereka.

Perangai tukang-tukang karut UMNO ini memang kebudak-budakan. Ibarat sekumpulan budak yang sedang bermain bola, pasukan yang nakal ini akan cuba mengecilkan tiang gol mereka dan memperbesarkan tiang gol pihak lain. Jika tak dapat berbuat begitu, dia akan pastikan pula pemain dalam pasukannya melebihi jumlah pemain pasukan lawan. Jika tak dapat juga, mereka akan memancitkan bola tersebut, biar pihak lawan tak boleh menendang. Begitulah bodohnya tindakan tukang karut UMNO ini.

Belum habis siasatan kes serang pejabat DAP dan Bas Merdeka Rakyat kini timbul pula isu baru. Baru pun bukanlah baru, tapi masih isu yang dikitar semula. Tiba-tiba Nasharuddin Mat Isa mahu Lim Guan Eng meminta maaf kepada Tok Guru Nik Aziz tentang isu hudud. Rupanya tak habis-habis lagi isu hudud ni dikepala Nasha.

Malah Guan Eng sendiri terpaksa mengingatkan Nasha bahawa semua yang disebutnya itu amat bertentangan dengan apa yang telah dia sendiri maklumi. Ini betul-betul politik kangkung.

Sikapnya betul-betul macam ejen UMNO, malah sikapnya itu bertambah terserlah lagi apabila beliau ‘segan’ sangat nak bertanya pada UMNO berhubung isu hudud ini.

Pakatan Rakyat diserang dari pelbagai sudut. Maklumlah, katanya PR kini semakin disegani dimata rakyat. Suka atau tidak, terpaksalah UMNO kitar semula isu lama dan kitar semula politikus yang dah tak laku. – Roketkini.com