Rencana

Pojok: Belek – RM1 juta untuk Psy, RM120 juta untuk SYABAS

KALAU dibelek-belek berita semasa, angka RM yang muncul kebelakangan ini menjadi kontroversi kerana semuanya juta-juta belaka. RM yang dimaksudkan ialah Ringgit Malaysia, bukan singkatan nama insan yang mengaku ‘wanita pertama’.

Kembali kepada angka juta-juta dalam berita semasa. Minggu ini saja ada dua. Yang pertama, pada 2 Febuari lalu Perdana Menteri, Najib Razak daripada Barisan Nasional (BN) mengumumkan peruntukan RM120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang katanya sebagai bantuan mengatasi masalah air di Selangor.

Maknanya RM120 juta lagi dikorek dari kocek rakyat dan ditaburkan kepada SYABAS, syarikat swasta yang masyhur dengan gaji CEO-nya yang amat besar itu dengan belanja hebat untuk ubah suai pejabat  serta membeli kereta mewah.

Menurut laporan Sinar Harian, suntikan RM120 juta itu kerana Najib Razak “mahu masalah air yang berlarutan itu ditamatkan segera”.

Anehnya, jika suntikan lebih duit kepada SYABAS boleh mengatasi masalah air Selangor, ini bermakna masalah air Selangor berpunca daripada SYABAS yang kekurangan duitkah? Kalau dengan suntikan lebih banyak duit boleh menamatkan masalah air seperti yang berlaku baru-baru ini, apa yang propagandis dan pemimpin UMNO/BN hebohkan mengenai Loji Langat 2?

Satu lagi cerita juta-juta RM minggu ini ialah BN di Pulau Pinang bakal membelanjakan lebih daripada RM1 juta untuk menjemput Psy ber’gangnam’ tarik undi. Lebih lucu kelihatan tindakan ini serampang dua mata membalas dendam kepada parodi Ubah Rocket Style DAP. Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Wong Mun Hoe berkata:

If we want Gangnam Style, we bring the original, unlike some who only copy.” (Jika kita mahu Gangnam Style, kita bawa yang asli, bukan seperti yang hanya ditiru)

Tak tahu beza parodi dan meniru, ada hati nak jadi cool dengan Gangnam Style.