Rencana

Salam mesra dari DAP Deklarasi Gelang Patah: Sebuah visi dan strategi pengupayaan komuniti India

Salam mesra dari DAP
Deklarasi Gelang Patah: Sebuah visi dan strategi pengupayaan komuniti India

DAP menawarkan keadilan, keamanan dan hak saksama untuk semua.

DAP memberi keutamaan kepada aspirasi rakyat dalam pelaksanaan dasar sosial dan ekonomi.

DAP mengakui pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama 56 tahun mengakibatkan berlaku pengagihan kekayaan negara secara tidak adil, mewujudkan kemiskinan di kalangan komuniti India dan kemiskinan bagi kumpulan lain yang lemah. DAP akan memastikan kekayaan negara dapat diagih dengan adil dan efektif.

Dasar ini akan membantu semua komuniti yang dipinggirkan terutamanya bagi komuniti India yang miskin dan golongan bawahan kelas pertengahan.

Deklarasi Gelang Patah adalah iltizam DAP mewujudkan persekitaran yang mapan bagi komuniti India. DAP mengiktiraf sumbangan dan perjuangan komuniti India selama ini di Malaysia dan mahu mengesahkannya semula melalui deklarasi ini; bahawa di bawah kepimpinan DAP, hak yang wajar dan taraf hidup masyarakat India akan terjamin dan diangkat.

Deklarasi Gelang Patah adalah iltizam dan janji DAP kepada komuniti India di Malaysia. Kami berjanji:

1.Untuk menyelesaikan masalah orang India tanpa kerakyatan dalam tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di Putrajaya;

2.Untuk menubuhkan sebuah Lembaga Perumahan Nasional yang akan membina rumah mampu milik yang berpatutan bagi kumpulan terpinggir terutamanya bagi pekerja ladang yang ditempatkan semula;

3.Untuk memastikan kesemua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil diberi bantuan penuh termasuk infrastruktur setanding Sekolah Kebangsaan;

4.Untuk mengadakan program latihan berkembar teknikal dan vokasional beserta program perantis sebagai pendidikan alternatif dan kerjaya bagi pelajar yang tercicir di sekolah dari kumpulan keluarga India berpendapatan rendah;

5.Untuk menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan golongan India bergaji rendah melalui skim gaji minima RM1,100;

6.Untuk meningkatkan bilangan orang India dalam syarikat GLC, majlis tempatan dan perkhidmatan awam;

7.Untuk memberi hak milik tanah bagi kuil Hindu dan tapak perkuburan sedia ada serta mencari kawasan baru bagi kuil dan tapak perkuburan yang perlu ditempatkan semula;

8.Untuk menyediakan skim mikrokredit dan bantuan kewangan kepada usahawan kecil India dengan memberi fokus kepada golongan wanita, belia dan perniagaan yang berasaskan di rumah.

9.Untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dalam usaha mengekang kes kematian dalam tahanan polis mahu pun dan dalam tahanan;

10.Untuk menubuhkan sebuah dana khas bagi meningkatkan pemilikan pegangan ekuiti komuniti India negara ini;

11.Untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya dalam mengenalpasti kemiskinan bandar dan masalah sosial yang di hadapi komuniti;

12.Untuk merealisasikan dasar pemberdayaan ekonomi kepada ibu tunggal termasuk skim pemilikan rumah;

13. Untuk menubuhkan atau mendaftarkan pelajar India yang cemerlang di sekolah berasrama penuh sedia ada dari kawasan ladang dan keluarga miskin bandar;

14.Untuk memansuhkan semua undang-undang anti-rakyat demi mengelakkan diskriminasi

Gelang Patah, Johor Darul Takzim
31 Mac 2013