Wawancara

Politik tepi Sungai Rajang, Sibu dan hal yang belum selesai

Nama: Oscar Ling Chai Yew

Umur: 36 tahun

Status: Berkahwin mempunyai 2 anak

Pendidikan: Universiti Monash – Victorian College of Pharmacy (VCP), Melbourne, Australia (Bachelor of Pharmacy 2000), Mount Waverley Secondary College, Melbourne, Australia (Victorian Certificate of Education (VCE) 1996)

Pengalaman kerjaya: Ahli farmasi

Pengalaman politik: Menyertai DAP pada 2009

Pembantu Khas Ahli Parlimen DAP Sibu, Wong Ho Leng (PRU-12)

Seorang daripada Jawatankuasa  Pengasas DAP Cawangan Kapit

Naib Pengerusi DAP Cawangan Sibu

POLARISASI kaum bukanlah sesuatu yang aneh dalam demografi politik Malaysia. Bagaimanapun, ia mengundang banyak kontradiksi dalam hal yang mendasar membabitkan ekonomi, politik dan sosial misalnya. Sudah tentu, tanpa struktur masyarakat yang terbuka, polarisasi hanya bakal mewujudkan kelompok masyarakat yang berpuak, malah berpecah ditambah dengan pendekatan politik yang berbeza.

Kehadiran DAP bertapak di Bumi Kenyalang bagaimana pun memberi harapan baru bagaimana semangat Malaysia untuk rakyat Malaysia cuba diterap sebaik mungkin.

Bersama Ahli parlimen DAP Sibu, Oscar Ling Chai Yew, wartawan The Rocket T.K. Tan mengambil kesempatan mengenali dan mendapatkan pandangan beliau. Foto oleh Wira Andika. Diterjemah dan disunting ke dalam Bahasa Malaysia oleh Hafiz Zainuddin.

Apa pendapat saudara yang Sibu boleh dimenangi DAP sedangkan parti itu cuma letakkan sasaran menang 50 peratus malah keputusan sekarang lebih baik daripada sebelumnya.

Slogan kita UBAH, INIKALILAH, saya rasa ia memainkan peranan menawan hati pengundi di sini. Sama juga dengan slogan “Ubah sekarang, selamatkan Malaysia” yang saya kira sangat berjaya malah menarik lebih ramai orang untuk mengundi sehingga 79.9 peratus.

Kalau sebelum ini pilihan raya kecil cuma 69.9 peratus yang keluar, kali ini hampir 80 peratus. Bagi negeri Sarawak, kawasan Sibu merupakan kawasan peratus keluar mengundi tertinggi di kalangan kawasan bandar. Kita tak jangka menang tapi kita menang.

Daripada sudut komposisi kaum, Sibu dikenali sebagai sebuah kawasan yang mempunyai majoriti  masyarakat Cina suku Foo Chow dan kedua terbesar ialah suku Iban diikuti Melanau dan Melayu. Bagaimana pula pendirian politik mereka?

Oscar (1)Jika dipandang dalam kontek kaum, pertama sekali, kita kena tahu bahawa demografi politik Sarawak berbeza dengan di Semenanjung kerana di sana etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India, di Sarawak ada etnik Iban dan Bumiputera lain.  Dengan perbezaan geografi, sentimen, budaya dan sejarah. Perkara ini sudah tentu memberi gambaran atau wajah yang berbeza.

Tapi, ada satu persamaan ketara iaitu pendekatan politik yang digunakan. Kalau merujuk kepada ‘politik’ dalam pilihan raya, politik wang merupakan satu perkara yang lazim di sini. Ia bukan hanya merujuk kepada duit tetapi termasuk projek, kepentingan tertentu dan sebagainya.

Politik wang buatkan oposisi (PR) tidak berjaya tawan Sarawak?

Situasi yang sama berlaku di Semenanjung apabila ramai masyarakat desa yang tinggal di kawaan pedalaman tak cukup maklumat, terkeliru dengan propaganda Barisan Nasional (BN). Kita akui PR tidak berjaya menembusi semua kawasan atau rumah panjang di pedalaman.

Orang bandar, mereka lebih terdedah dengan maklumat. Internet dan sebagainya. Seperti di rumah panjang yang didiami masyarakat Iban, Tuai Rumah biasanya dikawal atau memang orang kuat BN. Mereka dihormati dan berkuasa di rumah panjang. Kita juga ada mendapat aduan, Tuai Rumah mengugut penghuni rumah untuk undi BN.

Selain itu, ramai orang Iban kalau di sekitar bandar bekerja sebagai penjawat awam dan kita tidak tolak kemungkinan, mereka berasa tidak selesa atau takut untuk undi PR. Maksudnya, ada banyak faktor terutama politik wang.

Maksudnya majoriti rakyat Sarawak memang tidak mahu berubah, tidak kisah dengan apa yang berlaku?

Bukan semua tempat begitu. Kita memang tahu undi masyarakat Cina memang menyebelahi kita. Tetapi kita juga dapat lihat peningkatan undi masyarakat Iban termasuk Melayu kecuali di beberapa kawasan.

Semangat untuk berubah itu ada tapi ramai yang masih berfikir, adakah kalau tukar kerajaan, mereka akan terus dibantu? Mereka anggap BN yang selalu bantu mereka sebab selalu bagi projek, bantuan dan duit. DAP tidak bagi. Bagi masyarakat Melayu khususnya, mereka ditakutkan BN dengan isu hilang hak istimewa.

Bagaimana dengan sambutan program seperti ceramah?

(Tersenyum) Ramai. Ia adalah perkara normal di sini. Masa ceramah kehadiran memang ramai tapi keputusan pilihan raya berbeza. Memang mengecewakan tapi itu perkara biasa.

Di sini kalau berkempen kita tak boleh terlalu mengkritik. Politik di sini berbeza dan banyak kerja perlu diselesaikan. Kita kena cari pendekatan baru bukan sahaja tarik hadirin tetapi sama-sama menyokong mesej yang kita sampaikan.

Oscar (3)Bagaimana tu?

Paling penting bagi kawasan pedalaman ialah kita kena beri khidmat yang baik, berterusan, jaga kebajikan dan selalu bertemu dan ambil tahu masalah.

Baiklah, jika di Semenanjung orang muda memang jelas menyebelahi PR, bagaimana di sini terutamanya masyarakat Bumiputera?

Di Sarawak secara umum orang muda lebih kepada pro BN kerana kegagalan kita sampaikan mesej. Jadi, untuk masa akan datang kita mesti berusaha beri input yang sebaik mungkin melalui pendidikan politik. Selain itu, faktor kemiskinan juga main peranan dan lebih mudah dipengaruhi dengan politik wang, ini memang kerja BN.

Untuk menarik sokongan orang muda, apa rancangan DAP disini khususnya di tempat saudara?

Kita memang kena selalu bertemu, kena jalinkan kerjasama dan persahabatan. Apa yang saya lakukan ialah cuba mendekatkan diri dengan orang muda, beri pendidikan politik. Masih ramai yang belum faham. Jadi kita kena beri maklumat sebenar. Kita beritahu mereka bahawa BN bukanlah kerajaan tetapi mereka yang menguruskan kerajaan.

Untuk jangka masa panjang, saudara rasa bagaimana DAP boleh diperluaskan kepada Bumiputera yang muslim. Apa usaha yang boleh DAP dan PR lakukan?

Pendapat saya, kalau di Semenanjung ramai muslim menyokong PR dan DAP juga semakin ramai yang sertai, kita kena bawa trend ini ke Sarawak melalui pendekatan yang mungkin sedikit berbeza. Kita juga perlu dapatkan bantuan pimpinan seperti PKR dan PAS terutamanya untuk bantu sama-sama memenangi orang Melayu, Melanau yang kebanyakannya muslim untuk jelaskan maklumat yang betul.

Tetapi, daripada teman Melayu saya, mereka nampaknya agak terbuka tetapi berbeza dengan masyarakat Iban sebab mereka lihat apa yang berlaku di Semenanjung. Bezanya, apa yang berlaku di Semenanjung tidak kena mengena denga orang dayak di Sarawak tetapi bagi orang Melayu, mereka ada contoh dekat.-Roketkini.com