Berita

Tidak ada sebab UMNO/BN mahu halang pembinaan terowong bawah dasar laut Pulau Pinang – Guan Eng

KUALA LUMPUR, 3 MAC: Tidak ada sebab bagi Pulau Pinang tidak boleh mempunyai laluan ketiga iaitu terowong di bawah dasar laut antara Gurney Drive di bahagian pulau dan Bagan Ajam di tanah besar walaupun sudah mempunyai dua jambatan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, jika Hong mempunyai tiga terowong bawah dasar laut serta banyak jambatan, mengapa Pulau Pinang tidak boleh mempunyai satu terowong jika ia lebih baik untuk alam sekitar berbanding jambatan.

“Jika tidak ada masalah dengan dua jambatan di Pulau Pinang, juga tidak ada masalah bagi terowong bawah dasar laut di Pulau Mutiara itu, walaupun negeri yang ditadbir Barisan Nasional (BN) mempertikaikan mengenai membina terowong.

“Pembinaan terowong bawah dasar laut antara Gurney Drive dan Bagan Ajam bukan setakat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pulai Pinang, malah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan Seberang Perai Utara (SPU) khasnya,” katanya dalam kenyataan media.

Berikutan pembukaan Jambatan Kedua Pulau Pinang atau Jabatan Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah (SAHMS), media BN telah meminta kerajaan negeri Pulau Pinang melupakan cadangan untuk membina laluan ketiga iaitu terowong bawah dasar laut antara Gurney Drive dan Bagan Ajam.

Menurut Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, hanya dua bantahan rapuh diberikan iaitu tidak ada keperluan laluan ketiga di Pulau Pinang, kerana sekarang sudah ada dua jambatan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan serta bimbang menjejaskan alam sekitar .

Beliau berkata, apa-apa kajian asas pengangkutan, terowong bawah dasar laut lebih mementingkan Penilaian Kesan Trafik (TIA) untuk Fasa 2 Tanjung Pinang projek tebus guna oleh kumpulan E & O itu.
“Ini projek tebus guna 940 ekar telah diluluskan kerajaan negeri BN sebelum ini dan ketika itu media BN tidak membantah projek tebus guna berkenaan.

“Kerajaan negeri menghormati perjanjian yang memasukkan unsur kepentingan awam tambahan seperti bekerja di luar skim penyuraian trafik dalam sistem projek RM6.3 bilion itu termasuk, lebuhraya empat lorong dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, lebuhraya empat lorong Tun Dr Lim Chong Eu di Air Hitam dan Gurney Drive.

“Projek dianugerah melalui tender kompetitif terbuka dan pembinaannya dijangka dapat disiapkan dalam masa 12 tahun dan ketika ada keperluan untuk laluan ketiga dengan pertumbuhan penduduk dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan merealisasikan wawasan untuk mengubah Pulau Pinang menjadi sebuah bandaraya antarabangsa dan pintar,” katanya.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, jika Jambatan Pertama Pulau Pinang memberi manfaat kepada kemajuan kawasan Seberang Perai Tengah, jambatan kedua pula untuk Seberang Perai Selatan dan terowong bawah dasar laut pula untuk membawa pembangunan ke Seberang Perai Utara (SPU).

SPU terdiri daripada tiga kerusi Parlimen dan 9 kerusi negeri yang mana dua kerusi Parlimen dan enam kerusi negeri dikuasa UMNO.

“Pembinaan terowong untuk membangunkan SPU, membuktikan kerajaan negeri Pulau Pinang melayan dengan adil setiap bahagian di Pulau Pinang termasuk kawasan kubu kuat UMNO.

“Oleh itu media BN tidak wajar menentang kerajaan PR Pulau Pinang mahu membawa pembangunan dan menjaga penyokong UMNO di kawasan kubu kuat UMNO,” ujarnya.-Roketkini.com