Rencana

Revolusi bantal – “Superman” Dr. Hew Kuan Yau

Pagi tiga hari lepas, aku membotakkan kepala tanpa diketahui isteriku.

“Botakman” membulatkan tekad untuk menggunakan “bantal”, bukannya “bantai”, untuk menyeru rakyat bangkit menentang kezaliman Kerajaan BN semasa Himpunan Bantah GST 1 Mei.

Ada yang mengkritik, “himpunan bermalam dan berpuasa” kurang radikal padahal revolusi kekerasan harus dilakukan bagi menggulingkan kerajaan authoritarian ini.

Ada juga yang mengkritik, “bantahan anjal” tidak berkesan sebab Najib tidak akan ambil peduli tuntutan sedemikian dan perubahan tidak akan dicapai langsung pada akhirnya.

Aku tidak bersetuju akan kedua-dua minda tersebut, yang pertama ialah “radikalisme yang palsu” manakala yang kedua ialah sikap menyerah diri.

Aku merupakan sejarawan, pernah mendalami berbagai karya klasik dan kajian mengenai revolusi. Jadi aku tahu revolusi tidak realistik untuk Malaysia. Tambahan pula, aku merupakan pendukung Demokrasi Sosial yang yakin dengan perjuangan dalam dewan perundangan. Aku tidak setuju dengan revolusi, kerana menggunakan tirani untuk menentang tirani tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan untuk pembinaan demokrasi Negara.

Begitu juga dengan sikap menyerah diri yang menunjukkan ketandusan jiwa dan ketakutan untuk berdepan dengan kezaliman. Najib dan Rosmah amat gemar melihat suasana politik sebegini kerana ia membolehkan pemerintahan zalim dan korup diteruskan.

Maka, aku cadangkan bentuk bantahan yang “sederhana tetapi tidak berkompromi, radikal tetapi tidak ganas”.

Kita gunakan bantal untuk melawan kezaliman, bukannya “bantai”.

Yang pentingnya, lautan manusia diperlukan bagi memberi tekanan politik kepada rejim Najib.

Sebarkan mesej ini. Sediakan bantal anda, jom jumpa dan bermalam bersama di Dataran Merdeka.