Berita

PRK Bukit Gelugor: Peratusan keluar sederhana

AIR ITAM, 25 MEI: Peratusan keluar mengundi setakat ini masih sederhana, dengan kebanyakan pusat mengundi mencatatkan peratusan belasan peratus.

Menurut sumber, peratusan keluar mengundi setakat ini di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Gelugor dan Sekolah Kebangsaan Seri Aman adalah 15 peratus, manakala di Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Noor 16 peratus.

Di Sekolah Kebangsaan Air Itam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Itam Wong Hon Wai memaklumkan, jumlah pengundi keluar lebih kurang daripada biasa, terutama daripada orang Melayu.

“Pengundi Cina keluar seperti biasa, namun masyarakat Melayu kurang daripada biasa,” katanya kepada media. – Roketkini.com