Rencana

Pulut Panggang

Gobok Lama Logo2Puasa dah masuk hari keenam. Sejak lima enam hari ni kawan sempatlah menjenguk juadah berbuka yang dijual dibazar Ramadhan sekitar Johor. Memang banyak juadahnya, tapi dari dulu sampai sekarang, kegemaran kawan tetap satu iaitu Pulut Panggang berinti kelapa.

Dulu di zaman belia mentah, kawan masih ingat harganya 20 sen sebiji. Kawan tahu sebab kawan pun menjualnya. Tapi itu 10-15 tahun dulu, mana nak sama lagi dengan sekarang, ye tak? Harga kelapa, pulut dan daun pisang pun dah naik. Lepas tu harganya naik kepada 3 biji seringgit. Baru-baru ni kawan jengah di bazar dah jadi 4 biji RM 2 dan sesetengah gerai di bazar dah cecah RM 80 sen sebiji. Alamak!

Kita boleh dengar keluhan pembeli di bazar Ramadhan masa berhimpit-himpit tengok juadah jualan. Ada yang tak jadi membeli, ada yang beli buat syarat dan ada yang kerut dahi dan angkat kening mata. Apalah nasib kita yang tekak teringin nak makan, tapi kurang mampu. Telan air liur sajalah.

Di tengah riuh-rendah di bazar Ramadhan, tup-tup, dengar cerita ada wakil rakyat PR tak dibenarkan masuk bazar berjumpa rakyat untuk agih-agihkan kurma untuk berbuka puasa. Kemudian, beberapa hari lepas tu, Menteri Wilayah Persekutuan pula dah tak benarkan NGO beri makan percuma kepada gelandangan.

Wah, kalau macam ni semakin teruklah rakyat kita kena tekan oleh kerajaan dan barua-baruanya. Dahlah harga makanan di pasar melambung-melambung naik, YB dan NGO yang nak bersedekah pula tak dibenarkan. Ini dah melampau!