Berita, Rencana

Perutusan Lim Kit Siang sempena Hari Deepavali 2014

Perutusan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang sempena Hari Deepavali 2014

Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada masyarakat India khususnya, dan semua warga Malaysia amnya.

Pesta Cahaya ini meraikan kemenangan cahaya ke atas kegelapan, kebaikan ke atas kejahatan, ilmu melawan kejahilan dan harapan melawan rasa putus asa.

Semoga kita semua mendapat inspirasi daripada makna Deepavali ini, demi sebuah negara pelbagai kaum, agama dan budaya yang bebas, adil, demokratik, makmur dan berdaya saing – dengan harapan agar Malaysia menjadi negara yang bersatu-padu, sederhana, dan bertoleransi yang menjadi contoh di seluruh dunia, bukannya negara berpecah -belah dan bermasalah.

Lim Kit Siang

Ketua Parlimen DAP