Berita

Siaran langsung Forum ‘Skandal 1MDB: Terbongkar’ di Ubah TV malam ini

KUALA LUMPUR, 27 NOV: Forum ‘Skandal 1MDB: Terbongkar’ yang berlangsung di Menara MPAJ, Pandan Indah, Selangor bermula jam 8.30 malam ini boleh diikuti secara langsung melalui rangkaian Ubah TV.

Forum malam ini menampilkan panelis Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli – dua tokoh Pakatan Rakyat yang berulangkali mendedahkan kepincangan pentadbiran syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Board.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 21 November lalu mengemukakan notis tuntutan terhadap Tony Pua atas satu ucapan yang didakwa menggambarkannya sebagai pemimpin korup.

Notis tersebut menyebut, ucapan Pua di majlis anjuran DAP Petaling Jaya pada 6 November, dan menyatakan bahawa Najib tidak layak mengetuai pentadbiran negara.

Setiausaha Agung Lim Guan Eng berkata, DAP akan mempertahankan Tony dan terus memberi tekanan kepada kerajaan mendedahkan penggunaan berpuluh-puluh bilion ringgit bagi penyelesaian hutang dan pembiayaan operasi 1MDB.

Najib turut gagal menjawab 11 perkara berhubung skandal 1MDB melalui kenyataan menteri di Dewan Rakyat 24 November lalu, selepas diminta Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Untuk menonton siaran langsung pelancaran Forum ‘Skandal 1MDB: Terbongkar’, sila klik ke pautan ini.

Bagi mengikuti sebarang maklumat siaran program, wawancara, liputan khas dan acara-acara dianjurkan DAP selain temubual eksklusif , anda digalakkan mengikutinya di laman twitter @UbahTV. – Roketkini.com