Berita

Tuisyen bahasa Inggeris percuma di parlimen Segambut tahun depan

KUALA LUMPUR, 22 DIS: Atas kesedaran kepentingan pendidikan, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng menaja sepuluh pelajar sekolah rendah berusia 7 tahun hingga 12 tahun untuk mengikuti tuisyen Bahasa Inggeris secara percuma mulai tahun hadapan.

Menurut Lip Eng, program perintis yang akan dimulakan pada Januari 2015 ditanggung sepenuhnya oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Segambut, dan akan turut melibatkan mahasiswa sebagai tenaga pengajar.

“Ini merupakan kelas tuisyen pertama yang dipilih di kawasan Parlimen Segambut dan kami akan cuba membawa program tuisyen ini ke tempat lain seperti Kampung Sungai Penchala sekiranya ia menunjukkan hasil,” kata Lip Eng dalam satu kenyataan.

Tambahnya, program tuisyen Bahasa Inggeris percuma itu ditetapkan pada setiap Ahad bermula 8 Januari tahun hadapan di premis PASTI Al-Huda, Segambut Bahagia.

“Kami menekankan kualiti pengajaran dan bukan kuantiti,” ujarnya sambil menambah bahawa pelajar-pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan mendapat wajar pendidikan berkualiti.

“Kepentingan menguasai Bahasa Inggeris membuka peluang (lebih) luas kerana ia merupakan bahasa utama komunikasi antarabangsa,” kata Lip Eng. – Roketkini.com