Berita

Projek naiktaraf jalan Impian Sabah, sukarelawan diperlukan

PITAS, 4 MAC: Meskipun sudah lebih 52 tahun merdeka, masih ada kawasan di Sabah yang tidak mempunyai akses jalan yang sempurna.

DAP, melalui inisiatif Projek Impian Sabah menyeru sukarelawan untuk menyertai projek menaiktaraf jalan kampung sepanjang 7.5km di enam buah kampung iaitu Kg Mandamai, Kg Kobon, Kg Dowokon, Kg Maliau Pusat, Kg Maliau Layung dan Kg Perupok) dalam kawasan Pitas di Sabah.

Sukarelawan dijangka untuk membantu pengurus projek dalam semua kerja-kerja kasar pembinaan seperti membuat kerja konkrit dan bertukang kayu, selain memasak dan menyediakan makanan untuk semua yang mengikuti kegiatan gotong-royong.

Projek naiktaraf jalan Impian Sabah di Pitas ini akan berlangsung dari 22 hingga 29 Mac 2015.

Kepada mereka yang berminat, sila isi maklumat pada borang di pautan ini: http://goo.gl/TBCZUL

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke emel [email protected]

Impian Sabah dan Sarawak yang dilancarkan pada Oktober 2013 berjaya melaksanakan puluhan projek berasaskan perkhidmatan prasarana asas, termasuk penyaluran bekalan air kepada penduduk pedalaman.

Untuk sebarang maklumat berhubung program terbaru, dokumentasi projek yang telah, sedang, dan akan dilaksanakan oleh Impian Malaysia, sila layari laman facebook rasmi di https://www.facebook.com/ImpianMalaysia – Roketkini.com