Berita

Forum ‘Klip Video Aisyah BFM: Siapa Melampau?’ anjuran Roketkini esok

KUALA LUMPUR, 25 MAC: Berikutan video penyampai radio BFM Aisyah Tajuddin mengkritik pelaksanaan hudud di Kelantan, pelbagai pihak menyatakan pandangan, bahkan ada suara ugutan melampau terhadap beliau.

Bagi memberi penjelasan berhubung klip video tersebut. Roketkini.com mengambil inisiatif dengan menganjurkan sebuah forum bertajuk “Klip Video Aisyah BFM: Siapa Melampau?”.

Forum turut menjemput empat panelis termasuk Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari, Ahli Majlis Peguam Syahredzan Johan, aktivis Fadiah Nadwa Fikri dan aktivis mahasiswa Fahmi Zainol.

Forum yang dijadulakan bermula pada jam 8 malam ini akan diadakan di ibu pejabat DAP di Jalan Yew off Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

Roketkini.com menjemput seluruh pembaca untuk bersama menghadiri forum tersebut yang turut dihadiri bapa Aisyah, Prof Dr Mohamad Tajuddin Rasdi.

Orang-ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi penganjur di talian talian 03-92005000. – Roketkini.com