Rencana

Penghormatan buat Karpal, melalui dedikasi terhadap kesederhanaan

Pada 8 Disember, kira-kira lima bulan lalu, sekumpulan 25 kenamaan Melayu menulis surat terbuka memohon sebuah dialog rasional mengenai kedudukan Islam di dalam demokrasi perlembagaan negara.

Kenyataan 19 perenggan yang ditandatangani, termasuk bekas Ketua-ketua Setiausaha, Ketua-ketua Pengarah dan duta-duta besar serta beberapa individu kenamaan lain itu jelas menunjukkan perasaan mereka sebagai Melayu sekaligus Muslim sederhana di saat puak ekstrem, tidak moderat dan suara-suara tidak toleran cuba-cuba menjadi wakil mereka.

Kumpulan G25 itu menyeru Perdana Menteri bersikap jelas dalam kepimpinan politiknya bagi membina sebuah Jawatankuasa Konsultatif (Penasihat) inklusif bagi mencapai penyelesaian beberapa isu kerana perkauman dan agama semakin melampau dipolitikkan. Mereka menyeru setiap pakar dalam pelbagai bidang dikumpulkan, termasuklah mereka yang pakar dalam disiplin Islam dan undang-undang perlembagaan serta mereka yang terkesan dengan undang-undang Islam yang dilaksanakan secara negatif.

Mereka juga menyeru lebih banyak rakyat Malaysia yang sederhana menyuarakan dan turut berusaha bagi sebuah wacana awam yang rasional dan bermaklumat mengenai undang-undang Islam dalam kerangka demokrasi berperlembagaan dan kepentingan menyelesaikan kegagalan persekutuan mengagihkan kuasa-kuasanya di samping mencari penyelesaian terhadap kisah-kisah sedih dan hubungan antara rakyat yang semakin bergolak kerana perebutan kawasan dan identiti.

Walaupun surat terbuka G25 itu kemudiannya disambut baik sebuah lagi kumpulan bernama G44, di samping sokongan banyak pihak termasuk petisyen atas talian, twitter dan Facebook, namun mengecewakan walaupun setelah lima bulan ia ditutup.

Perdana menteri kerap kali mengelilingi dunia dengan inisiatif ‘Global Movement of Moderates’ menyeru sebuah ‘persepakatan moderat’ bagi menuntut kembali agama dari puak ekstrimis nampaknya tidak menunjukkan apa-apa kemajuan apabila ektremisme semakin menjadi-jadi di tanah air kita.

Minggu lalu, inisiatif G25/G44 sekali lagi disambut baik. Kali ini oleh 40 kenamaan Malaysia, termasuklah bekas penjawat awam, hakim-hakim, duta-duta besar, aktivis, pengamal pendidikan dan individu-individu terkenal dalam masyarakat yang menulis surat terbuka menyeru Putrajaya kembali memberi komitmen terhadap 10 nilai-nilai universal yang membuatkan Malaysia sebagai sebuah negara moderat.

Mereka mengatakan nilai-nilai itu adalah- kepercayaan, tanggungjawab, kejujuran, dedikasi, kesederhanaan, kuat berusaha, disiplin, saling bekerjasama, kerja beramanah serta sentiasa bersyukur- adalah nilai-nilai yang diperkenalkan pada 1982 oleh kerajaan bagi memupuk nilai-nilai Islam.

Dalam surat itu G40 dengan judul “Memperkasa struktur dasar negara kita” kesederhanaan (moderation) adalah nilai yang telah ditinggalkan oleh pihak-pihak tertentu termasuklah pimpinan politik yang mengambil pandangan-pandangan perkauman untuk menyelesakan pengikut-pengikut mereka.

G40 berkata: “Tidak pernah dalam sejarah negara menghadapi tekanan dan yang digunakan untuk menanggung prinsip-prinsip asas kenegaraan yang kini diancam untuk dihancurkan yang selama ini menjadi ikatan rakyat Malaysia yang terdiri dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak,”

“Sejarah Perlembagaan Malaysia menyaksikan fakta bahawa negara ini adalah negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

“Sebagai sebuah negara yang memiliki pelbagai agama, kita mencatatkan hala tuju di bawah undang-undang dan peraturan yang tidak berdasar kan agama bagi memupuk prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Kumpulan itu juga menekankan: “Kami mengulangi sekali lagi bahawa kita memiliki undang-undang sivil yang bersifat neutral. Negara kita bukannya negara teokrasi dengan meletakkan undang-undng sebagai perundangan tertinggi negara. Tidak sepatutnya kita dipaksa hidup dalam norma undang-undang keagamaan, di mana ‘titah’ birokrat agama memberi kesan tersendiri dalam hal undang-undang’.

G40 berkata, seruan kesederhanaan kerajaan yang kini dicabar suara keras dan tidak toleransi, jika tidak ditangani akan menyebabkan perpaduan negara yang sedia terjalin di kalangan rakyat mulai hancur.

Surat-surat terbuka kenamaan Malaysia G25/G44 dan G40, serta surat terbuka 47 rakyat Sabah awal bulan ini jelas menggesa Putrajaya menamatkan ektremisme selain kebimbangan peningkatan Islamisasi, percubaan menukar agama penduduk pribumi, dan polarisasi.

Selain itu peningkatan sikap tidak bertoleransi.dan bagaimana badan kerajaan menggunakan kuasa melebihi bidang mereka. surat terbuka 58 bekas pelajar sekolah Perdana Menteri, St John Institution, Kuala Lumpur yang menuntutnya berpendirian melawan perkauman, ketaksuban agama dan ekstremisme adalah bukti kesederhanaan di Malaysia terancam setelah setengah abad Malaysia ditubuhkan.

Jikalau Karpal masih hidup, beliau pasti di barisan hadapan melawan berjuang untuk ‘Selamatkan Malaysia’, mempertahankan perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesederhanaan sebagai cara hidup.

Penghormatan paling bermakna buat Karpal Singh, yang kita ingati pada ulang tahun pertama pemergiannya, pastilah apabila seluruh patriot Malaysia tanpa mengira kaum, agama, atau pemikiran politik bersatu-padu berbakti untuk ‘Selamatkan Malaysia’ mempertahankan perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesederhanaan sebagai cara hidup, seterusnya menjadi model kepada dunia. – Roketkini.com

(Ucapan Ketua Parlimen DAP di upacara ulang tahun pertama pemergian Karpal Singh di Persiaran Karpal Singh, Pulau Pinang, Ahad, 26 April 2015)