Berita

Shahidan ‘buta’ asas demokrasi

KUALA LUMPUR, 22 MEI: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mengecam tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendakwa undian di Parlimen tidak perlu didedah pada umum.

“Bahlul. Ia adalah elemen asas demokrasi untuk mengetahui bagaimana anggota Parlimen mengundi di Parlimen.

“Tak hairanlah, speaker pun ‘berbuih mulut’ dengan menteri Parlimen,” katanya dalam posting Facebooknya.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum ini menyatakan jawatan menteri parlimen sepatutnya dimansuhkan kerana memberi gambaran badan itu dikawal pihak eksekutif.

Beliau membangkitkan perkara itu selepas kontroversi berhubung peletakan jawatannya kerana tidak puas hati dengan pelbagai perkara berkaitan parlimen.

Shahidan dalam jawapan bertulis parlimen semalam berkata, prosedur sedia ada dalam proses pengundian sudah memadai.

Katanya, keputusan undi belah bahagian cukup sekadar diedar kepada anggota Parlimen dan tidak perlu didedahkan kepada umum. – Roketkini.com