Berita

Utusan Melayu catat kerugian berterusan

KUALA LUMPUR, 22 MEI: Syarikat akhbar dikuasai UMNO, Utusan Melayu Malaysia Bhd mencatat kerugian berpanjangan untuk tempoh suku pertama tahun ini.

Utusan_Malaysia_Logo3

(Muka depan akhbar Utusan Malaysia yang semakin merosot jualannya)

Laporan The Edge menyatakan, kerugian syarikat penerbit  akhbar Utusan Malaysia itu bertambah kepada  RM19.97 juta  berbanding RM19.81 juta pada suku pertama 2014.

Kemerosotan jualan akhbar dan majalah menyumbang kepada  kerugian berkenaan.

The Edge melaporkan, perolehan suku pertama tahun ini menurun 11.6 peratus kepada RM57.85 juta  berbanding RM65.42 juta setahun lalu.

Data yang dikemukakan kepada Bursa Malaysia juga menunjukkan perolehan pengiklanan syarikat  berkenaan  menurun 1.7 peratus.

Pendapatan daripada jualan akhbar syarikat itu merudum 12.6 peratus.

najib ucap

(UMNO kuasai Utusan)

Namun kerugian pendapatan sebelum cukai kumpulan mencatatkan pengurangan menjadi RM19.7 juta  berbanding RM21.8 juta untuk tempoh sama tahun lalu.

Keadaan itu berlaku apabila syarikat berkenaan dapat mengurangkan kos keseluruhan sebanyak 13.7 peratus.- Roketkini