Berita

RM600 juta tidak memadai kekang penceroboh di Sabah?

KUCHING, 23 MEI: Ke manakah perginya wang berjuta-juta ringgit dibelanja kerajaan untuk membasmi serangan pengganas di Sabah?

Di sebalik peruntukan yang besar itu, Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan Kok Ping berkata, kejadian ganas masih terus berlaku dan penduduk setempat dilanda ketakutan.

“Setelah RM600 juta ringgit digunakan di Sabah, namun jawapan diberikan Kementerian Pertahanan sebelum ini menunjukkan pencerobohan masih gagal dikekang, walaupun pengganas menggunakan hanya bot kecil,” katanya.

UAVJulian juga hairan mengapa penggunaan jentera canggih seperti dron (pesawat udara tanpa juruterbang) tidak berkesan menghalang beberapa kes pencerbohan daripada berlaku.

Beliau merujuk kepada kejadian 14 Mei lalu, apabila empat lelaki bersenjata menyerbu Restoran Ocean King di Sandakan untuk menculik seorang lelaki dan seorang wanita tempatan.

Kedua-dua mangsa kini dilaporkan berada di salah sebuah pulau di perairan Filipina.

Menurut Julian, kegagalan tersebut juga telah mendapat reaksi negatif Ahli Parlimen BN sendiri yang tertanya-tanya dimanakah dron yang digunakan pihak berkuasa Malaysia berada.

Tegas beliau, apa yang berlaku di Sabah jelas membuktikan keupayaan kerajaan untuk menjaga sempadan adalah pada tahap amat membimbangkan.

“Jika dengan kelengkapan berteknologi rendah pun mereka ([penceroboh) berjaya merentasi sempada dan melalukan keganasan, apa yang akan terjadi sekirannya musuh datang berkelengkapan lengkap serta berteknologi tinggi?

“Ini suatu perkara kritikal yana perlu diatasi segera,” ujarnya. – Roketkini.com