Berita

DAP bosan madah berhelah Hadi

KUALA LUMPUR, 23 MEI: Presiden PAS Abdul Hadi Awang boleh meneruskan dan membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN), tetapi dia tidak harus menggunakan alasan yang berniat jahat dan tidak masuk akal untuk berbuat demikian, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata.

DAP hari ini mencabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meneruskan agendanya membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO-BN dari terus menjadi musuh dalam selimut dalam Pakatan Rakyat

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, tindakan Hadi membuat tuduhan bahawa DAP bercita-cita untuk memerintah negara secara sendiri berikutan hanya menamakan ahli parlimennya sahaja dalam senarai ‘kabinet bayangan’jelas sama sekali mengarut.

“Hadi sengaja cuba bermain sentimen kaum. Semakin lama saya melihat dia seolah-olah telah menjadi sama seperti pemimpin UMNO.

“Dia kata mahu bentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO-BN, dan sekarang menyerang kami pula.

“Adakah ini adalah usaha untuk mencari alasan demi untuk memenuhi cita-cita kerajaan perpaduannya?

lge1-650x400“Jika ya, teruskan saja tapi janganlah bercakap benda mengarut, membuat tuduhan palsu dan berniat jaha,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Semalam, Hadi dilaporkan berkata PAS sedia untuk menamatkan hubungan dengan DAP kerana tindakan DAP yang menubuhkan ‘kabinet bayangan’ tanpa partinya dan PKR.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan, tuduhan hadi itu langsung tidak masuk akal kerana DAP tidak pernah mengumumkan kabinet bayangan seperti yang beliau maksudkan.

Kabinet bayangan tidak pernah wujud

“Kami hanya memperkenalkan portfolio kepada 37 ahli parlimen DAP untuk menjadi jurucakap dalam bidang masing-masing

“Ini dibuat supaya DAP dapat memenuhi tanggungjawab kita kepada rakyat sebagai ahli parlimen untuk membahas secara membina mengenai topik masing-masing.

Tambah beliau, Ahli Parlimen DAP adalah berbilang kaum dan semua kaum tersenarai dalam portfolio tersebut.

. “Kalau Hadi mahu menuding jari, dia mesti ingat bahawa setiap jari yang beliau tunjukkan, empat jari lagi menghala kepada dirinya sendiri,”ujar Guan Eng. -Roketkini.com