Berita

GST: Najib lebih rela syarikat telco untung besar

KUALA LUMPUR, 24 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhenti menjadi hipokrit dengan menyalahkan peniaga kecil kononnya mengeksploitasi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hingga menyebabkan rakyat terbeban akibat sistem percukaian itu.

Najib dalam sebuah program di Gopeng, Perak berkata, pemansuhan 5% dan 10% cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sepatutnya mengurangkan harga, namun peniaga yang tidak bertanggungjawab menambah 6% GST yang menjadi punca kenaikan barang dan perkhidmatan.

“Pakatan Rakyat berulang kali memberi amaran kepada BN, iaitu sebelum GST dikuatkuasakan, harga barangan tidak akan turun.

tony-pua“Namun, pentadbiran Najib percaya bahawa mereka boleh melawan hakikat dan meneruskannya,” kata Tony Pua.

Menurut Setiausaha Publisiti DAP itu, Najib dalam ucapan belanjawan 2015 sendiri berkata, daripada 944 barangan dan perkhidmatan dari indeks harga pengguna, 532 item atau 56% dijangka turun sehingga 4.1%, manakala kira-kira 354 item mengalami kenaikan, namun kurang daripada 5.8 %.

“Tak hairanlah perdana menteri yang juga menteri kewangan kelihatan seperti orang bodoh,” ujar Tony.

Dalam pada itu kata Tony, pentadbiran Najib menutup mata terhadap keuntungan besar dikaut syarikat-syarikat telekomunikasi.

Selasa lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek di Parlimen mengulangi pembelaannya terhadap syarikat tersebut untuk menaikkan tarif sebanyak 6%.

shabery cheek

Shabery pertahan syarikat besar manipulasi GST

Akibatnya, pengguna kad prabayar tidak lagi menerima RM10 masa siaran bagi pembelian RM10, walaupun SST 6% dikenakan.

Sebaliknya, pengguna hanya mendapat RM9.43 perkhidmatan panggilan untuk setiap RM10, selepas bertukar kepada 6% GST.

Menurut Tony, walaupun menyerap cukai perkhidmatan 6%, Maxis Communications, Digi Telecommunications dan Celcom Axiata masing-masing masih membuat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM2.44 bilion, RM2.65 bilion dan RM3.1 bilion pada 2014.

“Secara keseluruhan, mereka mengumpul RM12.8 bilion hasil perkhidmatan kad prabayar bagi tahun ini.

“Mengapa kerajaan BN membantu syarikat-syarikat ini membuat untung tambahan RM770?

“Ini tidak pun termasuk perolehan dan keuntungan dibuat pengendali rangkaian talian mudah alih maya (MVNO) lain seperti U-Mobile, Tune Talk dan XOX.

“Ketika Kementerian Perdagangan Dalam Negeri cuba menghukum restoran yang menaikkan harga roti canai sebanyak 30 sen, Najib membiarkan keuntungan RM770 juta kepada syarikat-syarikat telekomunikasi.

“Tidak ada dasar mengaut keuntungan lebih besar dan tidak bertanggungjawab di negara daripada pelaksanaan GST, dan Najib memilih untuk menjadi hipokrit,” tegas Tony. – Roketkini.com