Berita, Isu Semasa

Lima soalan mudah DAP untuk Hadi

KUALA LUMPUR, 27 MEI: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mencabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjawab lima soalan mudah jika bekas Menteri Besar Terengganu selama sepenggal itu masih komited bersama Pakatan Rakyat.

Soalan dimaksudkan Guan Eng itu ialah:

  • Kenapa Hadi memungkiri komitmen PAS kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan jaminan peribadinya kepada gabungan pembangkang?
  • Mengapa Hadi mahu mewujudkan kerajaan perpaduan bersama UMNO?
  • Enggan menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Dr Azizah Wan Wan Ismail dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh baru-baru ini?
  • Mengapa memberi sokongan kepada Najib dalam isu 1MDB
  • Mengisytiharkan kononnya menjadi kewajipan umat Islam marah terhadap DAP kerana membantah undang-undang hudud.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kenyataan Hadi dari semasa ke semasa jelas sama sekali tidak konsisten dengan akuan taat setia dan menyokong Pakatan.

islamic-masiaKatanya, jika situasi semasa menunjukkan Hadi telah gagal mengotakan janjinya, bagaimana DAP boleh terus bekerjasama dengan beliau atas dasar hormat dan percaya.

“DAP konsisten dengan prinsip, tetapi pada masa sama ingin mempersoalkan lima perkara ini.

Menurut Guan Eng, DAP telah dimusuhi sesetengah pemimpin PAS kerana membangkitkan lima isu tersebut.

“Beberapa pimpinan PAS telah menyerang DAP lebih hebat daripada cara mereka meyerang Umno, namun kami mesti terus konsisten denan prinsip dan mahukan jawapan kepada lima soalan tadi,” katanya.  – Roketkini.com