Berita, Isu Semasa, Rencana

Selepas jin, ISMA ber-’hantu’ pula

Media sosial bergelora lagi apabila pemimpin pemuda ISMA gagal mengawal jari-jemarinya apabila secara semberono melabel kumpulan rock lagenda negara, Search, sebagai “hantu”.

(Teruk dikecam peminat rock tempatan, Lukman akhirnya menurunkan kembali gambar Search tersebut)

Teruk dikecam peminat rock tempatan, Lukman akhirnya menurunkan kembali gambar Search tersebut

Seorang perunding motivasi yang dinamakan salah seorang pemimpin pemuda ISMA, Lukman Al-Hakim dalam akaunnya melabel kumpulan rock itu hantu ketika menyatakan pandangannya terhadap festival belia yang berlangsung di Putrajaya hujung minggu lalu.

Sekeping gambar Search dilampirkan bersama kapsyen: “Belia di Malaysia semakin teruk  (mungkin yang dimaksudkannya runtuh akhlak) kerana disogokkan dengan pengisian  ‘hantu-hantu’.

Menyedari status Lukman itu, apa lagi. Ramailah peminat tegar Amy dan Search naik angin  kerana melabel idola mereka sebegitu rupa.

amy

Amy Search

Menurut komen di Facebook, kebanyakan pengguna laman sosial itu mengecam sikap  Lukman yang mereka anggap tidak menunjukkan sikap sesuai sebagai perunding motivasi.

Ekoran itu, ada komen yang menuduhnya gila publisiti, dan mahu menaikkan nama sendiri  dengan memberi label buruk kepada orang lain.

Apalah jadahnya dia nak melabel Amy (atau sesiapa saja yang tidak sependapat dengannya) sebegitu rupa? Memang saja cari nahas.

Bagi peminat muzik rosearchck di Malaysia, Search ni lagenda. Peminatnya bukan satu dua orang, tapi jutaan!

(Baca rencana berkaitan: Jin dalam dunia ISMA)

Kalau masih nak menegur pun, biarlah kena laras bahasa. Biarlah tepat apa yang nak ditegur. Bukan main label semberono begitu.

Saya masih ingat, semasa zaman persekolahan dulu ada teman rapat di sekolah menengah akan menyanyikan lagu Search ketika dilanda cinta – sama ada sedang asyik atau berduka lara.

Siapa yang tak tahu lagu Isabella, Fantasia Bulan Madu, Seroja ketika itu dianggap makhluk asing.

Mungkin Lukman masih terlalu muda dalam usia. Mungkin beliau tak mengenali Amy dan Search. Atau mungkin juga dia terpisah – atau gagal memahami – magis anak muda sebenar.

Namun itu tidak menghalalkan dia menghantukan manusia sewenang-wenangnya.

Cermin ada di mana-mana.