Berita, Isu Semasa

Peruntukan pembangunan RMK-11 ke poket pejabat Najib

KUALA LUMPUR, 27 MEI: Sebahagian besar faedah peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK 11) akan masuk ke ‘poket’ Jabatan Perdana Menteri (JPM) bukannya rakyat, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.

Chin Tong berkata, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang baru tapi telah menjadi amalan pentadbiran sejak 2011 lagilct.

“Sebagai contoh untuk 2015, jumlah peruntukan pembangunan hanya RM50.5 bilion tapi JPM mengambil sebahagian besar darinya iaitu sebanyak RM13 bilion bersamaan 26 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Chin Tong yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP memberitahu, pada 2011 JPM memperoleh sebanyak 21 peratus (RM10.7 bilion dari RM51.2 bilion) daripada jumlah pembangunan, 15 peratus 2012 (RM7.7 bilion dari RM51.2 bilion), 18 peratus 2013 (RM9.1 bilion dari RM49.8 bilion) dan 23 peratus 2014 (RM10.5 bilion dari RM46.5 bilion).

Katanya, peruntukan pembangunan yang disalurkan kepada JPM sering digunakan untuk tujuan politik dan bukannya bagi memberi manfaat kepada semua.

“Sebagai contoh, saya sebelum ini telah mengenal pasti bahawa RM7.08 bilion dari RM13 bilion dalam Belanjawan 2015 adalah untuk perbelanjaan budi bicara kepada projek ‘slush fund’ (rizab wang untuk tujuan haram),” katanya.najibhehe

Menurut beliau, ‘slush fund’ itu adalah seperti peruntukan kemudahan (RM2.5 bilion), projek khas (RM1.6 bilion), program pembangunan (RM1.1 bilion), program penyusunan semula sosial (RM750 juta), projek mesra rakyat (RM670 juta) projek kecil (RM300 juta) dan projek-projek berkaitan dengan kemiskinan (RN160 juta).

“Projek-projek yang disenaraikan ini adalah sangat keterlaluan kerana maklumat mengenai sangat terhad, tidak jelas dan dibawah kawalan mutlak Najib,” ujarnya.

Justeru itu, beliau mendesak Najib untuk tidak lagi memegang portfolio Kementerian Kewangan, sekaligus berhenti dari menerima ‘slush fund’ melalui projek mengikut budi bicara. -Roketkini.com