Berita

Gerakan pun tentang hudud

KUALA LUMPUR, 29 MEI: Ternyata DAP bukan satu-satunya pihak yang menentang cubaan PAS membawa usul persendirian ke parlimen untuk membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong, hari ini dilaporkan mengecam Speaker Parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana menerima rang undang-undang persendirian dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

andy

Andy Yong

Kata Andy, dalam sejarah belum pernah ada rang undang-undang persendirian daripada pembangkang diterima atau dibahaskan di parlimen.

Kata Andy, berdasarkan keadaan semasa beliau mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

β€œIa juga bertentangan dengan perintah tetap parlimen,” katanya.

Memetik Seksyen 49 (2) Perintah Tetap itu, Andy berkata, rang undang-undang persendirian yang tidak selaras dengan peraturan persekutuan sepatutnya ditolak oleh sekretariat.

Sejak akhir-akhir ini sesetengah kumpulan dalam PAS menge cam DAP kerana dianggap menjadi penghalang kepada rancangan Kelantan melaksanakan undang-undang hudud.

Malah Abdul Hadi sendiri menghalalkan kemarahan itu dengan menyandarkan alasannya dengan ayat al-Quran. – Roketkini.com