Berita, Isu Semasa

Adakah Kabinet berani minta Najib bercuti?

KUALA LUMPUR, 25 JUN: Perdana Menteri Najib Tun Razak yang dibelenggu pelbagai skandal seharusnya dinasihat bercuti oleh Kabinet jika badan eksekutif itu benar-benar menyebelahi rakyat, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Kit Siang mengatakan skandal hutang mega 1MDB, FGVH, Tabung Haji dan MARA kini dikaitkan dengan Najib apabila semua syarikat itu mempunyai konflik kepentingan denganya.

4d783d7efafe6e7ec7afb53b30c31ccc_XL

Pengerusi MARA Annuar Musa bertanggungjawab salah laku MARA Inc.

“Adakah Kabinet berani dan cukup patriotik mencadangkan pada mesyuarat esok supaya Najib bercuti sehingga skandal yang melibatkannya diselesaikan?” soal Kit Siang.

Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu, pentadbiran Najib kini seperti retak menanti belah apabila skandal melibatkan dirinya didedahkan satu demi satu oleh media.

Tidak sekadar dikritik pihak pembangkang, pentadbiran Najib turut dikritik sebahagian besar veteran UMNO diterajui bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terbaru, MARA Inc sebuah anak syarikat milik Majlis Amanah Raya (MARA) didedahkan terlibat dalam rasuah dan penggubahan wang haram di Melbourne, Australia.

Skandal rasuah itu didedahkan akhbar Australia, The Age yang melaporkan wujud penipuan dalam pembelian bangunan Dudley House di Melbourne pada 2013. – Roketkini.com