Budaya, Rencana

Komedi Malaysia yang mengenyangkan

Sesuatu bangsa manusia dikatakan sudah bertamadun – antaranya – apabila kita sudah berpakaian. Dan dianggap sudah berjaya bila mengenakan pakaian segak seperti kot dan tali leher.

Namun, apa yang terjadi, ramai antara kita cuba menyelak dan meneka apa yang ada di balik pakaian. Kita gemar menghukum dan mengarah terutamanya wanita untuk berpakaian sebegitu sebegini sedangkan larangan-larangan ini tidak pula dikenakan kepada lelaki – atas niat yang sama iaitu menjaga hukum Allah.

gadis-berseluar-pendek-dihalang-masuk-hospitalJadi, di sini, skirt terlalu pendek atau fikiran mereka yang menghukum ini tadi? Jika hukuman penjara boleh dikenakan kepada wanita yang dikatakan berpakaian mencolok mata, bagaimana pula keprihatinan kita kepada lelaki yang hanya memakai boxer atau seluar muay thai.

Dalam sebuah negara yang diasak pelbagai isu rasuah seperti 1MDB, GST dan sebagainya, masyarakat dialihkan kepada isu sepele – pakaian. Tanggungjawab negara bukan menentukan wanita tidak menampakkan buah dada atau lelaki mesti memakai celana.

Negara bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan rakyatnya yang pelbagai – tidak kira pakaian, warna kulit, agama, bangsa – terpelihara dan bebas mengamalkan hak mereka sebagai individu merdeka dalam negara yang mengaku demokrasi.

Malaysia berdepan pelbagai ancaman – bukan sekadar nilai ringgit jatuh, harga minyak naik [lagi], atau kapal terbang hilang – tapi kebodohan. Kebodohanlah yang merupakan ancaman terbesar rakyat negara ini.

maslanAncaman tidak datang daripada pemimpin parti yang bertelagah sesama mereka, maupun agamawan yang terpesona dengan pakaian ahli gimnastik.

Kita diancam dengan gejala yang pernah membunuh Hang Nadim sehingga meruntuhkan satu persatu tamadun. Kita asyik dalam kitaran sejarah yang sedang mentertawakan kita. Jika dahulu rakyat terkorban kerana nangka, kini rakyat sudi berkorban demi beg tangan jenama. Tukaran mungkin berbeza tapi pelakunya masih sama – rakyat yang menurut perintah.

Kita tidak bercakap soal budak sekolah dengan prestasi buruk dan diletak di kelas corot. Ini bukan bodoh. Ancaman bodoh datang daripada mereka dengan CGPA 3.85 iaitu menteri-menteri yang bijak laksana yang membodohkan rakyat. Cuba kita lihat kembali;

GST : Makanan mahal, masak sendiri! (Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan)

GST : Kerajaan tidak paksa rakyat bayar GST. Kalau taknak bayar GST, beli barang takda GST. (Ahli Parlimen Bagan Serai)

Makanan: Elak makan ayam, makan daging kalau harga naik.(Hassan Malek, Menteri Perdagangan dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

Minyak : Minyak mahal, jangan naik kereta. Tol mahal, guna jalan lama (Hassan Malek)

WahidKerajaan: Kalau tidak suka, sila keluar dari Malaysia (Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri)

Parlimen Malaysia : You tak suka, you keluar! (Bung Mokhtar, Ahli Parlimen Kinabatangan)

Ini hanya beberapa contoh kebodohan yang membuatkan rakyat tertawa. Mungkin kita percaya komedi Malaysia ini mampu mengenyangkan anak-anak bangsa.

Begitu juga dengan pakcik yang dipenjara mencuri wang masjid, nenek yang mencuri susu untuk cucunya – ini semua hanya jenaka!

Setelah itu, kita akan kembali beriman dan mencari-cari lurah untuk disandarkan hukum.

Apa ada dalam baju, yang ada hanyalah lurah kebodohan.

Roketkini.com