Berita, Isu Semasa

Kedai mamak bukan punca gejala sosial

KUALA LUMPUR, 27 JUN: Kerajaan sepatutnya mengutamakan peningkatan sahsiah belia dengan memajukan pendidikan, bukan menyalahkan kedai mamak dan mengehadkan operasi kononnya untuk mengekang gejala sosial, kata Ahli Majlis Eksekutif DAPSY Muhammad Shakir Ameer.IMG_3989-1024x768

“Penyakit sosial adalah cabaran seluruh dunia. ADa banyak sebab kenapa ia wujud, namun kedai mamak pastilah bukan penyebab.

““Punca utama adalah kurang pendidikan daripada keluarga di rumah , bahkan kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan sepatutnya memainkan peranan penting menghadapi penyakit sosial di kalangan belia,” ujar beliau lagi.

Kenyataan itu adalah respon kepada pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang mahu menguatkuasakan tempoh operasi restoran hanya sehingga jam 12 tengah malam.

Menurut Syakir kenyataan Shahidan itu tidak cerdik.

Jika ia mahu dianggap logik, kata Syakir, restoran berkenaan sepatutnya ditutup lebih awal dari jam 12.tengah malam.

“Cukuplah bazirkan duit pembayar cukai dengan cadangan yang tak perlu bagi selesaikan penyakit sosial. Kita tak mahu lagi idea semacam Ahmad Maslan di dalam negara,” katanya. – Roketkini.com