Berita

60 orang Asli di Pahang sertai DAP

MENTAKAB 30 SEPT: Selepas ramai personaliti terkenal menyertai DAP sejak beberapa bulan lalu, sekumpulan 60 orang Asli pelbagai lapisan usia di sini, turut berbuat demikian di Bukit Bendera Resort di sini, baru-baru ini.

Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, berkata mereka dari Kampung Orang Asli Lubuk Perah menyerahkan borang penyertaan pada majlis yang dirasmikan Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai, 27 September lalu.

IMG-20150927-WA096“Penyertaan mereka ke DAP yang diketuai Tok Batin, Hajemi Din dan ketua kumpulan, Rusman Abu adalah pertama kali di Pahang. Mereka masuk secara sukarela berikutan keyakinan mereka kepada perjuangan parti ini.

“Apatah lagi, DAP sebelum ini banyak membantu dalam isu pencerobohan tanah di Bera dan pemusnahan tanaman berikutan sikap tidak bertoleransi Kerajaan Pahang,” kata Adun entakab itu kepada RoketKini.

Sekalipun dilempar pelbagai fitnah, DAP menjadi parti pilihan ramai termasuk Pakar Perlembagaan, Aziz Bari; Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said; bekas pemimpin Pemuda PAS Johor, Sheikh Omar Ali dan aktivis reformasi, Norazimah Mohamad Nor.

Selain orang Asal, Tengku Zulpuri berkata seramai 40 penduduk sekitar Kuantan dan Temerloh berketurunan Melayu berusia antara 30 hingga 40 tahun turut mengisytihar menyertai DAP.

Hadir sama ialah Adun Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed; Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Ahmad Nizam Hamid dan Ketua Cabang PKR Temerloh, Jamil Yaakob.

Program itu diadakan bersekali dengan acara Pasca Banjir: Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Sukarelawan dan Sukarelawati. – Roketkini.com