Berita

Bela nasib penduduk tertindas, wakil rakyat DAP ditahan polis

KUALA LUMPUR 6 OKT: Bagi membela nasib penduduk Kampung Ulu Temiang yang tertindas berikutan diusir tanpa pampasan, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Temiang Ng Chin Tsai ditahan polis, pagi ini.

“Adun Temiang Ng Chin Tsai dan saya ditahan polis kerana cuba menghentikan pengusiran secara paksa di Kampung Ulu Temiang,” kata Loke di Facebooknya.

Turut ditahan 15 penduduk yang enggan berpindah dari kampung yang dihuni mereka sejak lebih 40 tahun lalu berikutan mereka menuntut pampasan RM12,000 bagi meneruskan kehidupan masing-masing.

Pada 30 September lalu, kira-kira 100 penduduk diketuai Loke berarak sejauh empat kilometer diketuai Loke ke Istana Negeri Sembilan untuk meminta Yam Tuan Muda menasihati Kerajaan Negeri dalam membantu penduduk terbabit.

Ia berikutan Kerajaan Negeri boleh memberi tekanan kepada syarikat swasta itu dari meneruskan projek pembangunan melalui peranan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang memiliki kuasa kelulusan pelan projek. -Roketkini.com