Rencana

Kejatuhan rejim, pertembungan kaum dan ketakutan Singapura

APABILA Duta Besar Singapura, Bilahari Kausikan menanggapi situasi politik di Malaysia melalui sudut pandang yang sempit, ia sesuatu yang mengejutkan.

Lewat tulisan bertajuk ‘Singapura bukan sebuah pulau’, beliau menyifatkan pergelutan politik itu sebagai pertembungan antara orang Islam melawan bukan Islam dan orang Melayu melawan bukan Melayu khususnya Cina.

Bukan sebagai sebahagian gerakan global yang menyaksikan mana-mana rejim berkuasa tetapi zalim disingkir melalui proses pilihan raya yang adil dan itulah sebenarnya sedang berlangsung di Malaysia.

Sejarah politik dunia juga menunjukkan, ada parti yang lebih lama memerintah tumbang melalui proses pilihan raya. Misalnya, Institutional Revolutionary Party (PRI) yang memerintah Mexico dari 1929 hingga ke 2000 melalui pilihan raya di peringkat presiden, gabenor, dewan undangan dan perbandaran.

Mereka menguasai semua institusi, badan perundangan dan kerajaan di setiap negeri. Pemerintahan mereka seolah-olah tidak mampu dijatuhkan.

undidownloadNamun, dalam pilihan raya presiden pada 2000, calon PRI, Franciso Labastida Ochoa kalah kepada Vicente Fox Quesada, calon PAN dalam pertembungan tiga penjuru. Tahun sama juga, tampuk pemerintahan Taiwan yang lama dipegang parti Koumintang (KMT) jatuh ke tangan Parti Progresif Demokratik (DPP) pimpinan Chen Shui Bian.

Terbaru, Parti Demokratik Liberal (LPD) yang menguasai politik Jepun lebih setengah abad sejak era selepas perang, juga kalah kepada Parti Demokratik Jepun (DP) pada pilihan raya umum 2009.

Rejim-rejim dominan lain yang turut hilang kuasa melalui undi pilihan raya termasuklah Parti Sosialis di Senegal (1960 hingga 2000) dan Parti Colorado di Uruguay (1947 hingga 2008).

Kejatuhan rejim itu memiliki ciri-ciri sama – korupsi yang memburuk akibat penguasaan lama dalam politik; perpecahan dalaman dalam kalangan pucuk pimpinan hingga parti perlahan-lahan hilang pengaruh; dan parti pembangkang kian bersatu dan kuat.

Inilah laluan yang sedang ditempuhi dalam politik Malaysia lantaran Barisan Nasional (BN) memegang tampuk kuasa selama 41 tahun. Ia sedang berlangsung sekarang.

Bagaimanapun, dalam sistem pilihan raya berdasarkan parlimen dan bukannya sistem presiden, parti pembangkang tidak boleh mengharapkan parti pemerintah hilang kuasa akibat perpecahan kepimpinan dalam pilihan raya presiden.

Tambahan pula, dalam pilihan raya pengagihan tak-sama-rata (malapportion), satu-satunya cara untuk parti pembangkang menang majoriti ialah memenangi sebaha gian kerusi semi-bandar dan kerusi luar-bandar, selain mengekal kemenangan kerusi bandar.

Kerusi semi-bandar dan luar-bandar adalah kawasan dominan orang Melayu atau Bumiputera (Sabah dan Sarawak). Ini bermakna parti pembangkang perlu meraih lebih banyak sokongan dari pengundi Melayu dan Bumiputera.

Tiaak ada sesiapa dari parti pembangkang mahu menipu diri sendiri dengan berfikir bahawa majoriti kerusi boleh dimenangi dengan meraih sokongan penuh dari pengundi bukan Melayu. Dan, kita juga tidak mahu menipu penyokong untuk berfikir sedemikian.

sabah_sarawakBilahari Kausikan perlu sedar, seramai 40 orang Bumiputera (39 Melayu dan satu Kadazan) dari parti pembangkang dipilih sebagai Ahli Parlimen pada pilihan raya 2013, berbanding 32 Ahli Parlimen Melayu pada pilihanraya 1999 ketika PAS berpengaruh terbesar dalam parti pembangkang.

Yang kita mahu – lebih tepat lagi, yang kita perlu dilakukan ialah menubuh pakatan lebih besar dan mampu memenangi 60 peratus undi popular (bermaksud menang sokongan besar pengundi Melayu dan Bumiputera).

Isu korupsi dan salah guna kuasa yang kian berlaku, kenaikan kos sara hidup akibat pelaksanaan terburu-buru Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan ketegangan kaum yang cuba dicetuskan oleh parti pemerintah perlu didedah.

Lebih penting lagi, dasar alternatif yang baru perlu dibincang dengan jelas dan disebar untuk menunjukkan betapa pakatan pembangkang mampu memerintah dengan lebih baik berbanding kerajaan hari ini.

Seperti kata Bilahari Kausikan, benar Singapura ‘tidak ada pilihan kecuali bekerjasama dengan apa-apa sistem dan mana-mana pemimpin yang akan dipilih di Malaysia’ tetapi perubahan kuasa yang mungkin berlaku dalam politik Malaysia berlangsung secara aman dan tersusun.

Mengapakah beliau terlalu prihatin terhadap situasi di Malaysia. Tidak dapat tidak, tulisan itu membuatkan kita tertanya-tanya kerisauan sebenar Duta Besar Singapura itu.

Apakah Bilahari Kausikan gusar kemungkinan berlaku perubahan sama di Singapura pada masa depan?

 

* Diterjemah dan disunting dari tulisan Ong Kian Ming. Beliau ialah Ahli Parlimen Serdang