Rencana

Dalam mencela keganasan, jangan sampai lemahkan demokrasi

UNTUK kedua kalinya tahun ini, Paris sekali lagi dicengkam rasa ngeri yang tidak terbayang melalui keganasan lanjutan serangan pengeboman berani mati pada hari yang berikutnya selepas di Beirut, Lebanon.

Siri serangan tidak berperikemanusiaan yang diselaras untuk menerapkan rasa ketakutan yang mendalam dan mengejut di seluruh Paris, Beirut dan menyeluruh.

Tidak ada kewajaran dalam apa-apa keadaan pun, untuk disasarkan pada rakyat yang tidak berdosa seperti yang dilakukan pengganas di dalam kes yang terbaru ini.

DAP Malaysia mencela tindakan keganasan itu yang tidak seharusnya dimaafi.

france-shootingTiada ideologi mahupun agenda politik atau hujah moral yang boleh mewajarkan kekejaman itu. Kami sama-sama berdiri dalam solidariti dengan semua rakyat Perancis dan Eropah untuk tragedi itu.

Takziah kami ucapkan dan kesedihan ini kami kongsi dengan keluarga dan mangsa yang terlibat di Paris dan Beirut.

Kami menyeru kerajaan Perancis dan Lebanon untuk menjalankan siasatan mendalam untuk memastikan pengganas-pengganas dibawa ke muka pengadilan mengikut proses undang-undang.

Kami memahami kepentingan dalam memastikan keselamatan maksimum untuk melindungi penduduk awam lain dan mencegah dari ketakutan yang mungkin berlanjutan sekaligus mengelakkan suasana panik.

Tetapi, apapun langkah berkaitan dengan keselamatan perlu diselaras dengan prinsip asas demokrasi dan tidak harus datang dengan mengorbankan hak asasi awam dan manusia.

Janganlah kita membiarkan perbuatan yang tidak boleh dimaafkan ini daripada pihak radikal, melemahkan demokrasi dan usaha yang berabad lama ini, yang meluas dan majmuk.

Kami berharap serangan baru itu tidak akan membawa kepada perpecahan berlanjutan dalam kepelbagaian budaya di Perancis, Lebanon dan seluruh dunia.

imagesKami juga tidak bersetuju dengan perbuatan pihak pelampau konservatif dan kumpulan neo-fasis untuk mengekploitasi gelombang keganasan terbaru ini dengan menyokong lebih banyak dasar pengecualian dan kebencian terhadap kumpulan minoriti.

Terutama sekali pada rakyat Perancis yang menganut Islam dan pendatang di Eropah berikutan serangan baru-baru ini.

Ini bukan soal pertembungan antara tamadun atau risiko dari kepelbagaian budaya yang cuba dikelirukan oleh pihak pelampau konservatif. Tetapi, krisis yang terjadi memerlukan kita bersama-sama mara ke hadapan untuk bersatu menentang prejudis, extremisme dan ketakutan.

Dalam apa jua perjuangan menentang keganasan hendaklah melibatkan satu dimensi yang kukuh – menghapus pengecualian perkauman dan memperkukuh pemahaman demokrasi serta lebih mendesak suasana lebih terbuka dan lebih progresif.

Kita bersama-sama berdiri dengan rakyat Perancis, Lebanon dan kepada semua yang mencintakan kebebasan di dunia dalam perjuangan menegakkan keamanan dan kepelbagaian.

Kami dari DAP menyeru kepada semua ahli parti politik Malaysia untuk melupakan sementara perbezaan ideologi dan bersatu melalui perpaduan sesama insan dalam melalui tempoh sukar ini.

 

Kenyataan bersama:

V Sivakumar, Setiausaha Antarabangsa DAP Malaysia
Wong Kah Woh, Setiausaha Antarabangsa DAPSY Malaysia
Howard Lee, Biro Hal Ehwal Antarabangsa DAP Malaysia