Rencana

Perutusan Tahun Baru Cina: Pendemokrasian kunci suburkan ekonomi – Guan Eng

Transformasi Pulau Pinang kepada bandar pintar bertaraf antarabangsa yang bersih, hijau, selamat dan sihat bergantung kepada proses pendemokrasian dan nilai tradisi.

Dalam menjadikan Pulau Pinang destinasi pilihan di Malaysia sewaktu musim perayaan termasuk Tahun Baru Cina, sama sekali jangan kita lupa kepentingan tranformasi Pulau Pinang kepada sebuah bandar pintar bertaraf antarabangsa. Kejayaan sesebuah transformasi bergantung kepada proses pendemokrasian dan nilai-nilai tradisi. Nilai-nilai tradisi yang menitikberatkan rasa hormat, kerajinan dan integriti.

Pendemokrasian adalah kunci kepada pengembangan ekonomi, dan bukan hanya terhad kepada institusi-institusi politik, ekonomi mahupun sosial. Pada waktu ini, pendemokrasian sumber dilihat sebagai salah satu pendorong kepada kemajuan ekonomi. Pendemokrasian maklumat, kewangan dan teknologi di era teknologi internet telah banyak memberi sumbangan dengan hamparan lebih banyak sumber, akses dan berpatutan kepada semua dalam sejarah manusia.

Walaupun peranan pendemokrasian kemajuan ekonomi tidak boleh diabaikan, kita tidak boleh menolak kepentingan China dalam menyediakan alternatif kepada pasaran ekonomi. Peranan China tidak hanya terhad untuk mengeluarkannya dari kemiskinan untuk menjadi kuasa kedua terbesar ekonomi dunia. Kesuburan ekonomi China telah memainkan peranan mustahak menentukan perkembangan ekonomi global.

Pulau Pinang boleh belajar dari kejayaan ekonomi China. Sejak Mao Tze Tung bangkit untuk mengembalikan maruah rakyatnya dengan laungan “orang-orang China telah bangkit”; setelah membebaskan negara daripada pengaruh asing 1949, sehinggalah kepada Deng Xiao Peng yang lebih berpengaruh apabila beliau meliberal dan membuka ekonomi China dengan mengisytiharkan “tak kisahlah sama ada kucing itu hitam atau putih selagi ia menangkap tikus”.

Pemimpin China seterusnya iaitu Jiang Tze Min pula memberi fokus kepada sains dan teknologi untuk membangunkan negara diikuti oleh Hu Jin Tao yang memberi penekanan kepada kepentingan masyarakat yang berharmoni. Pemimpin China saat ini, Xi Xin Ping pula datang dengan sasaran untuk menentang rasuah habis-habisan dalam mengembalikan maruah dan kedaulatan rakyat China.

Pulau Pinang, di samping komited terhadap pendemokrasian, kejayaan China ini perlu diberi perhatian. Pulau Pinang perlu memberi keutamaan terhadap pembangunan modal insan melalui pembinaan bakat. Pelaburan terhadap pendidikan adalah kunci untuk mengemudi masa depan khususnya dalam sains dan teknologi. Urus tadbir yang baik hanya akan berfungsi apabila sesebuah kerajaan itu bersih dan berdaya saing; sebuah negara dengan masyarakatnya hidup dalam harmoni, meraikan kepelbagaian dengan rasa hormat kepada perbezaan kepercayaan dan budaya.

Pulau Pinang sedang memberi keutamaan dan mengorak langkah dalam pendidikan sains di kalangan generasi muda untuk mentransformasi negeri ini kepada Pusat Kecemerlangan bagi sains dan teknologi. UNESCO telah mengiktiraf kemampuan kita untuk hidup saling berharmoni dan hormat-menghormati antara satu sama lain dengan status George Town sebagai Warisan Dunia, pada masa yang sama Pulau Pinang juga makin diterima sebagai pusat kesenian dan kebudayaan Malaysia. Pulau Pinang juga mempunyai sebuah kerajaan yang bersih dan dipuji oleh Tranparency International dan sebuah kerajaan yang mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah bandar pintar bertaraf antarabangsa yang bersih, hijau, selamat dan sihat.

Masyarakat bukan sahaja boleh hidup dengan bermaruah menikmati kemajuan perkembangan ekonomi tetapi juga pengembangan hak-hak asasi melalui perbincangan dan bukan semata-mata arahan. Perkara ini boleh dilihat melalui 11 perbincangan dan pendengaran umum sepanjang dua bulan lalu bagi rancangan Transport Masterplan (TMP) yang bernilai RM27 bilion yang mana kerajaan negeri menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan.

Tujuan TMP adalah untuk mengatasi kesakan laluluntas melalui pembinaan sistem pengangkutan lima dalam satu menggabungkan bas, teksi, feri/teksi air, LRT/ monorel dan kereta kabel. Projek ini menunggu kelulusan Kerajaan Persekutuan. Belum pernah lagi ada kerajaan dalam Malaysia yang menjalankan perbincangan dan pendengaran awam sebelum sesebuah projek diluluskan. TMP adalah cabaran terakhir bagi Pulau Pinang – sama ada dapat memastikan pembangunan ekonomi yang mapan untuk tempoh 50 akan datang sehingga tahun 2065 atau membenarkan Kerajaan Persekutuan ‘menyeksa kita hingga mati’ akibat kesesakan lalu lintas.

 

Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

*Mesej Tahun Baru Cina 2016 oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 6 Januari di George Town, Pulau Pinang