Berita

Sumbangan RM10 sebagai solidariti bersama Guan Eng

GEORGE TOWN, 1 JULAI: Rakyat Malaysia yang bersimpati dan mahu memberikan sokongan mereka kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng boleh berbuat demikian dengan menyumbangkan sebanyak RM10 ke dalam akaun DAP Pulau Pinang.

Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang Zairil Khir Johari, berkata jumlah ikat jamin yang dikenakan Mahkamah Tinggi terhadap sebanyak RM1 juta adalah sangat tinggi walaupun tiada risiko tertuduh menghilangkan diri.

Berikutan itu, DAP Pulau Pinang telah menerima banyak permintaan daripada orang ramai yang ingin menyumbang kepada jumlah jaminan sebanyak RM1 juta.

Justeru, mereka yang mahu membantu dan bersolidariti bersama Lim Guan Eng digalakkan untuk membuat sumbangan sebanyak RM10 ke akaun berikut:

Nama bank: Maybank
Nama Penerima: DAP Penang
Nombor akaun: 5070  1301  4596

Ahli Parlimen Bukit Bendera itu menegaskan DAP Pulau Pinang mengecam semua tuduhan bermotifkan politik yang dilemparkan ke atas Setiausaha Agung DAP itu termasuk cara pihak berkuasa bertindak terhadap Ketua Menteri.

“Guan Eng ditahan pada petang 29 Jun 2016 kelmarin selepas mempengerusikan mesyuarat Exco dan kemudian beliau ditahan pula semalaman di SPRM.

“Tidak wajar diperlakukan begini, tambahan pula beliau telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa,” ujar Zairil. -Roketkini.com