Rencana

Kerajaan Pulau Pinang Telus Dedahkan Perbelanjaan

PERBELANJAAN KERAJAAN NEGERI DALAM PENYERTAAN KERAJAAN NEGERI KE MAJLIS PERAYAAN ULANGATAHUN KE 20 BANDARAYA BERKEMBAR XIAMEN-PULAU PINANG DAN MENYERTAI MESYUARAT ANTARABANGSA DALAM 17th INTER-ISLANDS TOURISM POLICY (ITOP) FORUM DI WILAYAH HAINAN, CHINA PADA 4 HINGGA 9 NOVEMBER 2013

21 Orang Ahli-ahli Rombongan :

1. YAB Ketua Menteri & Isteri

2. YB Chow Kon Yeow & isteri

3. YB Chong Eng & suami

4. YB Phee Boon Poh & isteri

5. YB Yap Soo Huey

6. YB Tanasekharan Autherapady

7. Encik Oon Lai Kuan Penolong Setiausaha Kerajaan, Bahagian Kerajaan Tempatan

8. 10 orang penari Kebudayaan Daripada Kerajaan Negeri Ke Xiamen Untuk Persembahan Ulangtahun Ke-20 Status Bandaraya Berkembar Xiamen-Pulau Pinang.(hanya ke Xiamen dan tidak ke Hainan)

Di bawah peraturan kerajaan negeri yang diterima pakai sebelum 2008, semua isteri/suami kepada ahli EXCO dibenarkan menemani ahli EXCO ke luar negeri sekali setahun. Untuk isteri Ketua Menteri, boleh menemani sepanjang masa jika beliau memilih untuk buat demikian.

Jumlah Pembiayaan Untuk 21 Orang Ahli Rombongan: RM93,910.00

Jumlah Wang Yang Dibelanjakan Oleh YAB Ketua Menteri Serta Wakil-Wakilnya Ke Negara Asing Untuk Mempromosi Pelaburan Dan Pelancongan Negeri Pulau Pinang Hanya 35% Daripada Kos Yang Dibelanjakan Oleh Kerajaan BN.

Kalau dibandingkan kos perbelanjaan untuk lawatan ke luar negeri di antara kerajaan negeri BN sebelum 2008 dan kerajaan PR selepas 2008 adalah seperti berikut :

2003 – 2007

2008 – 2012

Tahun

RM

Tahun

RM

2003

328,177.85

2008

53,598.44

2004

156,367.76

2009

73,678.00

2005

583,279.74

2010

67,294.78

2006

224,492.34

2011

213,395.18

2007

473,845.33

2012

209,732.07

Jumlah

1,766,163.02

Jumlah

617,698.47

Jelas sekali kos perbelanjaan untuk lawatan luar negeri dalam 5 tahun di bawah PR sebanyak RM618,000 adalah hanya 35% daripada kos perbelanjaan BN sebanyak RM1,766,000 dalam lima tahun sebelum ini.

Kerajaan Negeri telah berjaya menarik pelaburan luar negeri atau FDI sebanyak RM24.98 billion hasil daripada lawatan ini iaitu RM5.09 billion bagi tahun 2008, RM1.44 billion bagi tahun 2009, RM10.45 billion bagi tahun 2010, RM7.15 billion bagi tahun 2011. Memang Pulau Pinang mendapat tempat No. 1 di seluruh Negara di antara 2010 dan 2013 dalam menarik FDI.

Syarikat-syarikat pelaburan yang telah membuat pengumuman rasmi untuk membuat pelaburan di Pulau Pinang sejak tahun 2008 adalah seperti berikut :

1. Ibiden Electronis Malaysia Sdn Bhd sebanyak RM1.3 billion

2. Advance Micro devices sebanyak RM768.6 juta

3. Western Digital (M) Sdn Bhd sebanyak RM3.72 billion

4. PMC Sierra International Sdn Bhd sebanyak RM1.3 billion

5. Cakra Biotech Sdn Bhd sebanyak RM8.0 juta

6. UOP Malaysia Sdn Bhd sebanyak RM57.0 juta

7. HIS Inc. sebanyak RM25.44 juta

8. HTC Global Services sebanyak RM1.5 juta

9. Schlumberger Seismic Manufacturing Sdn Bhd sebanyak RM100.0 juta

10. VAT Manufacturing Malaysia Sdn Bhd sebanyak RM75.0 juta

11. Boon Siew Honda Sdn Bhd sebanyak RM200.0 juta

12. Phison Electronics Corp sebanyak RM3.0 hingga RM9.0 juta

Terdapat juga syarikat yang telah membuat pengumuman rasmi tetapi tidak menyatakan jumlah pelaburan seperti senarai berikut :

1. Jabil Sdn Bhd

2. Plexus Manufacturing Sdn Bhd

3. Mattel (Malaysia) Sdn Bhd

4. Gemasis Malaysia Sdn Bhd

5. Philips Lumileds Lighting Company Sdn Bhd

6. Osram Opto Semiconductors (Malaysia) Sdn Bhd

7. Aark (Malaysia) Sdn Bhd

8. Aviatron (M) Sdn Bhd

9. Yuan Xiang Technology (Penang) Sdn Bhd