All posts in 'Berita' Subscribe

DAP mohon Exco Kerajaan Selangor isytihar harta

ADUN Kuala Kubu Bharu Lee Kee Hiong berkata, pengisytiharan tersebut perlu dilakukan bagi membuktikan bahawa Kerajaan Negeri sememangnya mengamalkan tadbir urus yang baik, berintegriti dan mempunyai akauntabiliti.

Penstrukturan semula 1MDB kucar kacir, siapa pengurusnya?

Keputusan terbaru Kementerian Kewangan membatalkan pelantikan CIMB yang sebelum ini telah dipilih untuk mencari pelabur strategik bagi menjual anak syarikat 1MDB, Edra Global Energy Bhd menimbulkan tanda tanya, siapa yang sebenarnya mengurus penstrukturan semula 1MDB.

Universiti bertaraf antarabangsa, tiada bekalan air?

Persatuan mahasiswa UKM mengadu 5 dari 13 kolej sedang alami gangguan bekalan air selama tiga minggu. Kolej Ungku Omar, Aminuddin Baki, Keris Mas dan Burhanuddin Helmi masih tidak ada bekalan air sehingga lori air terpaksa dihantar.

Tangkapan TMI: DAP puji keberanian wartawan

DAP memuji keberanian pengamal media di Malaysia yang telah membuktikan bahawa mereka tidak gentar bahkan terus melawan segala kendala terhadap kebebasan media dari cengkaman BN dan salahguna kuasa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, kata Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng.

Tindakan terhadap TMI untuk tutup skandal 1MDB? – Tony Pua

Tindakan terhadap penerbit The Edge dan pengarang-pengarang The Malaysian Insider (TMI) dikhuatiri bertujuan untuk cuba menutup mulut media daripada mendedahkan skandal besar kerajaan.

DAPSY saran Puad Zarkashi insafi kekalahan di Batu Pahat

Puad dalam wawancaranya bersama akhbar Utusan pada 29 Mac lalu telah menyerang DAP dengan menyatakan beliau akan memastikan DAP ‘ini kali mati’ pada Pilihanraya Umum ke-14 akan datang.

Hudud: ‘Mahu beranak pinak, mesti ada teman wanita dahulu’ – Wan Ji

“Serupa juga kamu nak buat hudud tetapi dalam keadaan kamu tidak tunaikan perkara-perkara dasar yang perlu dilaksanakan,” ujarnya.

Hudud: “Politik siapa lebih jantan” – Chin Tong

“Surat khabar Cina bertanya kenapa DAP tidak keluar Pakatan, Utusan pula tanya PAS kenapa tak keluar. Ini polemik siapa lebih jantan,” ujar Pengarah Pendidikan Politik DAP itu.

Ekstradisi Sirul: DAP gesa kerajaan segera kemuka permohonan kepada Australia

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata, permohonan tersebut perlu dilakukan demi kepentingan awam, walaupun prosidingnya didakwa rumit oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Polis galak tahan pembangkang, pemimpin UMNO-BN hasut perkauman terlepas

Polis lebih galak menangkap pemimpin pembangkang, aktivis dan wartawan, sementara pemimpin UMNO-BN yang terang-terangan mengapi-apikan perkauman dilepaskan.