All posts in 'Rencana' Subscribe

ISMA Sebagai Sebuah Projek Sekularisasi (?)

ISMA sebagai sebuah supersistem yang berkehendak menguasai segala urusan kemasyarakatan terpaksa menjadikan dirinya sebagai sebuah gerakan fundamentalis untuk melawan projek kemodenan yang dibawa oleh imperialisme.

Kertas bocor UPSR: Kemegahan yang hampa

Peperiksaan sepatutnya menjadi sejenis penilaian terhadap kebolehan intelektual anak-anak kita selepas satu tempoh persekolahan. Namun ia telah merudum sebagai penilaian kepada keseluruhan harga diri mereka: gred A, insan yang baik; gred B, insan yang teruk. Ia memberi tekanan kepada ibu-bapa dan pelajar untuk cemerlang, walau dengan apa cara sekalipun.

Agenda Melayu bukan hanya identiti

Apa itu agenda Melayu? Untuk siapa? Matlamatnya apa? Barangkali ada juga yang mempersoalkan, bolehkah seorang bukan Melayu memperjuangkan nasib Melayu?

Kerajaan berteraskan Rakyat, bukan sahaja berasaskan kuasa dan kepentingan

Sabah dan Sarawak mesti dilayan sebagai rakan kongsi saksama dengan Semenanjung Malaysia. Dasar-dasar baru justeru perlu dibentuk demi memberi manfaat kepada rakyat Sabah dan Sarawak, menggantikan dasar-dasar lama yang memihak kepada kroni BN dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

RM5,900 sebulan: Kita tahu ini mengarut

Kalau anda tanyakan kepada saya, masalah dengan sikap tidak jujur seperti ini bukan sangat mengenai pembohongan kerajaan kepada kita, tetapi sikap kerajaan menipu dirinya sendiri.

Alu-aluan buat perwakilan PAS

Kini di Johor kita sentiasa diingatkan oleh sikap tidak adil kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan semata-mata kerana kita pembangkang. Ini bererti perjuangan kita tidak selesai dengan hanya ada kuasa di negeri-negeri Pakatan Rakyat sahaja.

Siapa sebenarnya PPS?

Entah bagaimana timbul cerita PPS bertujuan melindungi ahli kongsi gelap Cina. Mana mungkin jika separuh daripada ahlinya bukan kaum Cina!

Setakat ini, PPS mempunyai kekuatan 9,002 anggota dengan 2,970 Melayu, manakala 5,123 adlah Cina, dan baki 873 lagi daripada kaum India.

Di sini lahirnya sebuah kekeliruan

Sebenarnya kekalutan yang terhidang di depan mata ini bukan benda baru. Kita memang tahu bahawa kerajaan United Malays National Organisation adalah kerajaan yang kalut dan suka buat kalut. Setiap kali ia melihat dirinya tidak popular dan tidak jadi sebutan orang ramai, ia akan bikin kalut.

Merdeka: Bebaskah kita, atau sekadar ilusi?

Adakah kita benar-benar bangsa yang bebas merdeka atau adakah kita lalai dan leka dengan ilusi kemerdekaan dan kebebasan yang dijaja oleh media tradisional arus perdana yang dikawal oleh kerajaan?

Islamis mesti patriotik

Muslim yang berpegang dengan prinsip dan bergerak progresif amnya yakin bahawa prinsip asas dalam Islam menjadikan Islam itu agama yang praktikal kerana keanjalan pentafsiran amalan dalam bidang tertentu yang mementingkan pemahaman realiti, keperluan (maslahah) dan kerosakan (mafsadah), selain mengambil kira tujuan tertinggi (maqasid) syariah.