All posts in 'Wawancara' Subscribe

‘Sekolah kita’ selepas 56 tahun merdeka, apa kata Cikgu Arul?

Isu kaum dan agama bukan isu baru. Orang muda seperti kita tertanya-tanya, mengapa isu seperti ini tidak mampu diselesaikan BN sekarang sudah 56 tahun kita menyambut kemerdekaan!

Mendepani radikal perkauman dan cabaran negara bangsa

Berpegang pada kata-kata ayahnya, “Setiap orang harus menganggap dirinya sebagai rakyat Malaysia terlebih dahulu, mendahului suku keturunan…”

Mahdzir: Tidak gentar menongkah arus, menjana kekuatan baru!

Kita lihat aspirasi golongan muda, mereka membesar dalam budaya bebas. Contohnya dalam bidang muzik, yang menulis, terbitkan buku, ramai mereka membabitkan diri dengan penerbitan secara DIY. Maknanya mereka tidak mahu terikat dengan sesiapa. Budaya ini adalah satu kepelbagaian yang perlu kita merayakan.

Pusat Komuniti dan agenda perubahan – Wong Shu Qi

Pada abad ke-21 ini, penduduk tidak boleh terlalu bergantung kepada kerajaan semata sehingga menjadikan kerajaan itu tuan mereka hanya demi mendapatkan kemudahan, hirarki ini perlu dipecahkan dengan memberi kuasa kembali kepada rakyat, di mana rakyat di bawah mesti melakukan sesuatu dan menyatakan pandangan mengenai apa yang boleh mereka sumbangkan.

Marjinal dan terminologi kuasa

Jika masyarakat memisahkan antara persoalan politik dan hidup, di sini ada satu garis pemisah kosong. Di saat masyarakat tidak faham mengenai politik, maka ia diguna oleh penguasa untuk mempergunakan mereka sepenuhnya.

Mary Josephine: Tidak wujud batasan bangsa dalam DAP

Saya tidak merasa wujud batasan bangsa dalam DAP walaupun majoriti ahlinya berketurunan Cina. Warna kulit bukan halangan, yang penting adalah persefahaman dan semangat sense of belonging. DAPlah platform saya beri khidmat selama ini kepada semua orang.

Ombak tsunami rentasi Laut China Selatan

Apa yang lebih membuka mata umum adalah buat pertama kali dalam sejarah PRU, Sarawak mempunyai wakil wanita sebagai Ahli Parlimen dengan kemenangan Alice Lau Kiong Yieng di kerusi Parlimen Lanang, yang sedikit memberi lebih dimensi pada politik negara.

Wanita, anak muda pemacu politik baru negara

Penyertaan ramai anak muda ke kancah politik adalah pemangkin ke arah politik baru dengan gagasan idea lebih segar untuk memecah tembok ‘status quo’ politik lama yang masih terperangkap di dalam skop politik rasuah dan perkauman sempit.

Daripada wartawan jadi wakil rakyat, anak Pantai Remis tidak kekok berkhidmat

Di balik deru bot nelayan memecah hening subuh menongkah laut. Di sebalik deretan kampung nelayan, di sini jugalah lahirnya seorang pemimpin wanita muda. Wong May Ing, anak bongsu daripada lima beradik.

“Saya tidak akan biarkan UMNO bersuka ria di Parlimen” – Steven Sim. Bahagian Akhir.

Di saat anak muda melihat politik dengan bibir terjuih dan merasakan orang politik semuanya sama, semuanya rasuah, banyak menabur janji manis, sembang saja lebih tapi kerja tak buat; saya harap mereka boleh meluangkan masa dan membaca tentang kisah perjuangan DAP.