All posts in 'Wawancara' Subscribe

Sepinggan mee di tepi pantai bersama Steven Sim – Bahagian 1

Saya masih ingat bertemu Chong Eng di sebuah kopitiam; itulah dia pertama kali saya bertemu seorang wakil rakyat. Saya rasa sedikit malu waktu itu; kerana saya memandu sebuah Iswara lama yang sudah buruk. Tetapi saya nampak kereta Chong Eng lebih teruk berbanding saya. Itu yang membuatkan saya terfikir mengenai DAP dan pemimpinnya.

Pilih DAP kerana ideologi demokrasi sosial

Usia bukan penghalang untuk wanita muda ini menceburi diri dalam gelanggang politik Malaysia yang semakin mencabar. Walaupun baru berusia 30 tahun, saudari Wong Shu Qi atau lebih mesra dipanggil Suki Wong berjaya mencipta sejarah di Senai, Johor apabila kerusi Dewan Undangan Negeri itu akhirnya berjaya ditawan Pakatan Rakyat-DAP setelah puluhan tahun menjadi kubu kuat MCA-Barisan Nasional (BN).

Perjuangan DAP berbeza dengan UMNO: Datuk Mohd Ariff – Bahagian 2

Kita dapat lihat barisan kepimpinan DAP yang sanggup harungi kesusahan, banyak kali tidak menang, tapi tetap meneruskan perjuangan. Kemudian, kelebihannya, kita lihat di sini adalah permuafakatan antara PAS, PKR dan DAP sangat kuat. Sekarang DAP tidak lagi bersendirian tetapi dengan teman oposisi yang lain dalam Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan kita boleh sepakat. Bila rakyat tengok kita boleh sepakat, dia ada keyakinan dan orang Melayu pun tidak perlu risau dengan kehadiran DAP. Orang Melayu dalam PAS dan PKR tidak akan duduk diam kalaulah kepentingan orang Melayu tergugat.

Usaha DAP, PR angkat martabat kaum India

Masalah terbesar bagi komuniti India negara ini ialah kekurangan peluang kerjaya dengan gaji yang baik dan peluang perniagaan contohnya untuk wang atau pinjaman pendahuluan. Kita dapat lihat sendiri majoriti masyarakat India yang bekerja terdiri dari pekerja ladang, pekerja dalam sektor perkilangan dan bekerja dalam bidang yang lebih rendah.

DAP parti masa depan kita? – Bahagian 1

Hari ini semakin lama kefahaman orang Melayu terhadap perjuangan DAP sudah semakin meningkat, Melayu sudah faham bahawa selama ini persepsi yang melingkari pemikiran mereka ialah indoktrinasi propaganda yang UMNO lakukan dengan mengambarkan DAP itu sebagai sebuah parti chauvinis Cina

DAP turut janji sedia peluang saksama masyarakat India

BN gagal dalam pentadbirannya dan membela kaum India menyebabkan masyarakat India terus terpinggir dan kekal tinggal di ladang dan yang tinggal di bandar pula menjadi penduduk miskin di bandar yang tinggal di rumah setinggan kerana tidak mampu membayar sewa rumah yang mahal.

“Rakyat itu tuan” – Teo Kok Seong

Saya menyertai DAP kerana saya faham dan setuju dengan perjuangan DAP yang selama ini berjuang demi hak, keadilan, membina satu masyarakat yang adil dan saksama, mahu sebuah kerajaan yang bersih dan telus dan penghayatan terhadap demokrasi untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira batas kaum, kebudayaan mahupun agama.

Peluang PR menang PRU-13 cerah kerana BN banyak masalah

Bagaimanapun yang pentingnya sistem pilihan raya itu mesti bersih meliputi perbelanjuaan setiap calon yang bertanding. Setiap calon yang bertanding mesti ikut undang-undang daripada segi perbelanjaan dan media massa mesti membuat liputan yang adil kepada semua parti yang bertanding.

“Wanita perlu diberi ruang lebih besar”- Siti Zailah

Mungkin golongan lelaki tak memahami. Wanita dia perlukan waktu rehat, dia juga perlukan hubungan yang rapat dengan anak. Dia mungkin tidak selesa bekerja jika hatinya risau terhadap keselamatan anak-anak. Sebab itu kita perlukan satu dasar, satu sistem sokongan yang mantap kepada wanita.

Subang Jaya cemerlang di mata Ketua Audit Negara

Saya memang berpuas hati dengan pencapaian ini kerana sejak tahun 2008 kita tidak mendengar sebarang kes penyelewengan PBT dan sebagainya. Ini salah satu bukti Selangor telah berjaya mencapai pentadbiran yang bersih.