All posts in 'Wawancara' Subscribe

Tsunami politik bakal melanda Johor

Paling menarik sekarang ini saya buat keputusan untuk balik ke Johor. Itu yang buat saya rasa bahagia dan bangga sebagai Naib Presiden

Pulau Pinang: Rakyat yakin dengan hala tuju DAP, Pakatan Rakyat

Apa yang orang sering lupa ialah pada tahun 1995, DAP menawarkan 14 orang calon Melayu untuk bertanding dalam pilihan raya umum tahun itu

DAP dari sudut pandang seorang Islamis

Ada dua isu di situ. Pertama; isu takrifan sekular dan keduanya isu berkaitan penglibatan golongan Islamis atau pun golongan agama. Kalau takrifan sekular seperti yang dikatakan oleh Zairil (yakni Zairil Khir Johari yang mewakili DAP dalam wacana tempoh hari), sekular tu bukan yang menentang agama tetapi lebih kepada bahawa agama tidak digunakan sebagai alat diskriminasi dalam pentadbiran.

Wawancara : Di sebalik fitnah UMNO, rakyat di Pulau Pinang nikmati hasil pemerintahan adil dan bersih

Alhamdulillah kita bersyukur kerana kejayaan ini datang dari prinsip yang betul. Ini adalah satu manifestasi kejayaan kerajaan PR Pulau Pinang yang direkodkan oleh Ketua Audit Negara. Kita bawa dasar (CAT) ini, kita laksanakan dasar ini dan inilah hasilnya dari usaha gigih kita itu

Nizar: PR Perak tidak pernah pinggirkan Melayu, berjuang untuk semua kaum

Saya telah beberapa kali meminta Ketua Setiausaha Negara untuk menukarkan Setiausaha Negeri tersebut yang gagal menjalankan tugas sebagai penjawat awam, sebaliknya bekerja untuk UMNO-BN, tetapi tidak berjaya. Usaha pegawai tinggi awam di Perak dan BN untuk mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat sebenarnya telah bermula dari hari pertama lagi

10 Minit: DAP untuk semua

Untuk warga Sarawak yang tinggal di Sarawak, saya harap kali ini mereka boleh membuat perubahan besar dengan mengundi DAP… Pakatan Rakyat… sebab kali ini kita punya peluang sangat besar untuk melakukan perubahan.

10 Minit: Rakyat semakin cenderung kepada Pakatan

Sebagai contoh, rakyat yang berada di kawasan luar bandar seperti Teluk Intan. Jika kita perhatikan, di Teluk Intan rakyat yang paling miskin adalah Melayu; bukan kaum lain. Cina ada [yang miskin], India pun ada [yang miskin], tapi yang paling miskin, paling teruk adalah Melayu..

“Kerajaan BN tahu tapi tutup mata”

Bagaimana agensi kerajaan ini boleh diketepikan dari membuat keputusan yang betul? Apakah proses yang digunakan hingga wakil kerajaan dipinggirkan? Bagaimana ini terjadi hingga membiarkan keraja-kerja yang salah berlaku? Jelas sekali bahawa kerajaan BN tahu tetapi tutup mata.

10 Minit: DAP dan masa depan politik Malaysia

Tentang PAP dan DAP pula, kita sangat jelas. Pemerintah Singapura yang ditunjangi oleh parti PAP jelas meneruskan ISA sama seperti UMNO di Malaysia. DAP dengan terang menolak ISA ini. Ia undang-undang yang salah, malah saya sebagai peguam memang tidak boleh menerima penahanan tanpa bicara seperti ini.

Kalau tak ubah, kita hanya tunggu mati…

Sabah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai sumber alam seperti petroleum, gas, hutan, tanah dan sebagainya, namun kenapa kita yang paling miskin?