All posts tagged 'tampar'

UMNO takut dengan YouTube? – Aishah

Justeru, sejauh mana “transformasi politik” yang mengambil kira “politik baru” untuk Malaysia yang demokratik seperti diuar-uarkan Perdana Menteri DS Najib Razak? Sampai bila politik Malaysia berkisar adegan peribadi, keganasan dan perkauman?

Pimpinan MCA yang sepatutnya minta maaf kepada saya – Teresa Kok

Jika pimpinan MCA tidak boleh terima satira politik dalam sistem demokrasi mahu pun kegagalan dasar kerajaan diperolok, tiada sebab untuk mereka putar belit makna, tujuan serta kandungan video itu.

Bolehkan Zahid Hamidi dianggap ‘kurang siuman’?

Bolehkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dianggap Menteri Dalam Negeri yang ‘kurang siuman’ kerana membiar dan memaafkan tindakan jenayah oleh mereka yang cuba meningkatkan ketegangan kaum dengan menawarkan ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang menampar Teresa Kok?

Peguam Negara perlu ajar Zahid undang-undang – Gobind

Gobind Singh Deo meminta agar Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengajar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi undang-undang negara, khususnya mengenai peruntukan mengikut Seksyen 503 Kanun Keseksaan.

Daripada kacau DAP, lebih baik ROS bantu polis siasat NGO sembelih ayam – Hannah Yeoh

Speaker DUN Selangor itu juga menyarankan Pendaftar Pertubuhan (ROS) turut serta menyiasat daripada berterusan menyerang DAP dengan tuduhan palsu.

PR kecam NGO cetus provokasi sembelih ayam, tawar wang tampar Teresa

Pakatan Rakyat (PR) mengecam tindakan sekumpulan NGO yang melakukan provokasi melampau terhadap empat wakil rakyat serta menawar ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim.

Pemimpin PR sokong penuh Teresa Kok, kecam keras tindakan NGO tidak bertanggungjawab

Tindakan mereka itu jelas memalukan agama Islam. Islam tidak mengajar umatnya melakukan perkara sebegini. Islam mengajar kepada kebaikan, keamanan, toleransi dan menghormati sesama manusia.

DAP buat laporan polis di seluruh negara kecam tindakan melampau penyokong UMNO

Keberanian puak pro-UMNO mencetuskan provokasi jenayah adalah kerana amalan double-standard dan mempolitikkan pihak polis dan pejabat pendakwaan sehingga membenarkan kumpulan itu terlepas bebas tanpa sebarang tindakan sedangkan pihak pembangkang terus dimangsakan dengan kesalahan yang tidak mereka lakukan.

Lim Kit Siang gesa polis bertindak terhadap NGO tawar ganjaran RM1,200 untuk tampar Teresa Kok

Bayangkan apa yang polis akan dilakukan jika NGO berkenaan mengadakan demonstrasi dan menawar ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak?

Ganjaran RM1,200 tampar Teresa: Polis perlu segera bertindak – Zairil

Tiada sebab bagi polis tidak mengambil tindakan, memandangkan ia adalah satu ugutan yang dibuat kepada umum dan secara terbuka, malah individu yang terbabit juga dirakam dalam gambar dan video.