Kenyataan Akhbar

Datuk Seri Abu Kassim Mohamed digesa undur daripada SPRM sehingga kes Ahmad Sarbani selesai

Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen

Bagan pada 7.4.2011 di Kuala Lumpur.

 

Datuk Seri Abu Kassim Mohamed digesa supaya mengundurkan diri sebagai

Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga

siasatan kes kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani

Mohamed diselesaikan ekoran kenyataan yang dikeluarkan Abu Kassim yang

berunsur provokasi, berbahaya dan berniat jahat yang menyatakan bahawa

kematian ini tidak sepatutnya dimanipulasi oleh sesetengah pihak untuk

kepentingan peribadi.

 

DAP mencadangkan agar Datuk Seri Abu Kassim berundur daripada memegang

jawatan sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia

(SPRM) sehingga siasatan kes kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad

Sarbani Mohamed diselesaikan. DAP menghormati usaha Datuk Seri Abu

Kassim untuk cuba membersih dan mengembalikan beberapa profesionalisme

ke dalam SPRM yang telah hilang kepercayaan daripada rakyat selepas

kematian Setiausaha Politik DAP, Teoh Beng Hock yang pada ketika itu

adalah di bawah mantan Pesuruhjaya SPRM.

 

Datuk Seri Abu Kassim dilihat kurang berjaya dalam pelaksanaannya

kerana terlalu berahsia tentang prosedur dan cara operasi SPRM, campur

tangan oleh Jabatan Peguam Negara dan juga Kerajaan Persekutuan serta

sikap “double-standard” badan tersebut yang gagal untuk mengambil

tindakan ke atas salah laku dan amalan rasuah oleh beberapa pemimpin

BN termasuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Namun

tragedi terbaru iaitu kematian Ahmad Sarbani yang ditemui terbaring di

tingkat 1, gelanggang badminton terbuka Bangunan SPRM, Kuala Lumpur

semalam sesungguhnya melenyapkan segala usaha Datuk Seri Abu Kassim

selama ini yang inginkan kelainan. Semua kenyataan Datuk Seri yang

bersifat provokasi sememangnya tidak boleh diabaikan.

 

Kenyataan Datuk Seri Abu Kassim sesungguhnya berniat jahat dan penuh

muslihat berikutan kenyataan berunsur jahat seperti “saya berharap

kematian seperti ini tidak dieksploitasi dan dimanipulasikan oleh

mana-mana pihak untuk kepentingan peribadi”. Kenyataan provokasi itu

bukan sahaja mempamerkan perasaan bersalah malahan cubaan untuk

menghentikan  individu lain daripadaa terus berjuang mencari kebenaran

dan keadilan atas kematian trajis yang berlaku di SPRM.

 

SPRM sedar bahawa tiada siapa selain SPRM yang harus dipersalah dan

dipertanggungjawabkan ke atas tragedi kematian tragis yang terbaru di

SPRM ini. Untuk menggambarkan ia sebagai “eksploitasi dan manipulasi”,

mereka yang menjalankan kebenaran dan keadilan ke atas kematian trajis

ini adalah amat tidak bertanggungjawab. Rakyat tidak akan mempercayai

janji SPRM yang kononnya akan memulakan siasatan dalaman yang

menyeluruh ke atas kematian yang terbaru ini sedangkan sehingga kini

tiada sebarang penjelasan atau sifat bertanggungjawab mereka ke atas

kematian Teoh Beng Hock.

 

Atas sebab dan alasan ini, 3 pendekatan baru diperlukan bagi

memastikan tiada lagi kes suspek rasuah masuk ke pejabat SPRM dengan

masih bernyawa tetapi ditemui mati ketika keluar dari pejabat itu.

Pertama ialah dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang baru

yang mamatuhi dan memenuhi norma- norma keadilan antarabangsa bagi

menyiasat kematian tragis masa kini. Keduanya ialah merombak semula

operasi dan kaedah SPRM oleh “Transparency International” dengan kuasa

penuh untuk mengubah apa sahaja yang dilihat perlu sama ada disukai

atau tidak oleh Kerajaan Persekutuan bagi  menjadikannya sebuah

institusi anti-rasuah yang benar-benar efektif dan professional.

Ketiga, Datuk Abu Kassim harus berundur buat sementara waktu sehingga

siasatan ke atas kematian tragis ini selesai.

 

LIM GUAN ENG

 

Leave a Reply