Kenyataan Akhbar

Takziah, bantuan untuk mangsa tanah runtuh dari Lim Guan Eng

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha-Agung DAP Dan Ahli Parlimen Kawasan Bagan Lim Guan Eng Di Kuala Lumpur Pada 22 Mei 2011.

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan mencadangkan pemberian sebanyak RM 25,000 kepada semua 25 orang mangsa dan Rumah Anak Yatim.

DAP mengucapkan takziah kepada semua 16 orang mangsa yang maut dan 9 orang lain yang cedera dalam malapetaka  tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, Selangor. Malapetaka ini amat menyayat hati dan telah menyentuh hati semua rakyat Malaysia tanpa kira bangsa dan agama yang penuh simpati dan kesedihan kepada mangsa-mangsa.

DAP juga ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat dan pihak polis yang bertungkus-lumus menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa-mangsa dengan penuh dedikasi.

DAP akan menyerahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan tragedi seperti ini dapatlah dielakkan.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri Pulau Pinang akan mencadangkan pemberian sebanyak RM 25,000 kepada semua mangsa dan Rumah Anak Yatim. Sungguhpun wang tidak seberapa, ia adalah sokongan moral untuk memberikan semangat kepada keluarga mangsa yang maut dan untuk mereka yang terselamat teruskan kehidupan mereka dengan tabah hati.

LIM GUAN ENG

Leave a Reply