Budaya

Jose Marti, Statue of Liberty dan kata-kata kebebasan – oleh Muhammad Nazreen

Jose Marti* punyai pengertian yang luas tentang makna kebebasan. Penulis cuba untuk meneliti semula takrifan beliau melalui esei-esei yang diterbitkan di dalam La Nacion. ‘Dedication of Statue of Liberty’, salah satu esei Marti yang menceritakan sambutan sekitar Oktober 1886. Simbol tertegaknya keamanan di Amerika dan dalam erti kata lain, pengiktirafan kepada rakyat membina demokrasi, yakni ‘ American War of independence’

26 MEI – “Liberty, it is thine hour of arrival! The whole world, pulling the victorious chariot”. Jelas dalam narasi ini, yang saya petik dalam artikel tersebut menceritakan tentang kemeriahan sambutan ketika itu, di mana masyarakatnya penuh dengan kegembiraan dalam menantikan era berakhirnya penjajahan British di wilayah ‘benua baru’ itu. Rata-rata masyarakatnya terdiri merupakan penduduk asli bumi itu, yang kian dahagakan kebebasan dan berakhirnya era penindasan di bumi sendiri.

Marti menjelaskan bahawa harga kebebasan itu bukannya mudah, perjalanan mereka menuju keamanan mungkin mengambil ratusan atau ribuan tahun. Tempoh peralihan itu bukannya masa yang sekejap, ia mungkin mengambil masa yang memakan generasi untuk mencapai kata yang absah. “ I can see them drawn swords, holding their heads in their hands, their limbs a formless pile of bones, their body girded with flames, the stream of life oozing out of their broken foreheads like wings”, dalam petikan ini Marti cuba menggambarkan jerih payah yang dilalui rakyat di bumi sendiri. Penderitaan dan kesakitan yang memakan masa berabad untuk dipulihkan semula. Nah, kezaliman pihak penjajah yang tidak mengenal erti belas mungkin tersimpan menjadi kesumat bagi yang tertindas.

It was yesterday, October 28, that the United States solemnly accepted the Statue Of Liberty which the people of France have donated to them in memory of July 4, 1776,when they declared their independence from England, won with the help of French blood. It was raw day”. Petikan ini juga membuktikan bahawa dua masyarakat yang berbeza punya pengertian kebebasan yang cukup mendalam.Wisata mereka bukan sahaja tentang pengalaman masyarakat menuju pembebasan tetapi juga harga persahabatan antara dua negara. Tentang dua negara yang terpisah ribuan batu tapi punyai semangat pembebasan yang agung, yang mereka kisahkan adalah erti keamanan, yang menghantuinya adalah rencam penindasan yang sudah sebati dalam kalangan mereka. Tetapi juga, mereka berkongsi suatu erti, erti tentang demokrasi dan kebebasan rakyatnya.

Simbol seorang Lafayette.

Washington tidak mungkin lupa untuk mengabadikan wira ini. Watak yang memukau idealisme kebebasan yang Amerika pernah kenali. Tentang seorang patriaki yang tunduk menyembah bumi. Lafayette meninggalkan bumi Perancis membawa panji-panji kebebasan untuk Washington. Dia meninggalkan isterinya merentas ribuan batu hanya untuk memberi satu kata. Kata sokongan untuk mendesak raja inggeris yang angkuh untuk tunduk akan desakan warganya. Memberi rakyat pilihan untuk melakar perjalanan bangsa mereka sendiri.

Lafayette tiba di kota New York dengan rasa kehambaan yang tinggi. Harapannya cuma satu, untuk menyaksikan yang punya hak untuk mereka yang berhak. Tanpa ada rasa kesal atau keluh terhadap pengorbanan, dia mula mengangkat senjata, mengabdikan diri untuk menjadi tentera pembebasan Amerika. Dia punyai hasrat untuk melihat kebebasan. Kebebasan untuk mereka yang punya hak. Supaya dikenang sebagai simbol memutlakkan kebenaran.

Setelah tiba, dia bertemu dengan Major Benjamin Hunger. Untuk menyatakan kesediaannya menyertai pihak tentera. Semangat Lafayette lantas memukau Benjamin Franklin, negarawan ulung yang melukis peta Deklarasi Kemerdekaan Amerika. Bahawa dia tahu Lafayette bukan hanya bermain dengan kata-kata atau bijak bersatira dengan lagak politikus angkuh. Lalu, Benjamin menulis kepada Washington untuk menerima wira ini. Yang namanya tercatat sebagai simbol persahabatan agung atas satu dasar: Memenangkan demokrasi dan kebebasan. Dia tidak punyai banyak pilihan lain selain mengutuskan Lafayette sebagai komander menentang imperialis inggeris ketika itu.

Ternyata Franklin benar, semangat dan kekuatan wira ini sukar digugat sehingga imperialis kuku besi tunduk inggeris tunduk akan kehebatan Lafayette. Dia merupakan dalang kepada kebangkitan Amerika lantas menjadi dalang akan terjadinya Revolusi Amerika. Namanya kini hanya tinggal sejarah. Tentang harga sebuah persahabatan yang agung tetapi disatukan di atas satu nama – Kebebasan. Ternyata Amerika beruntung punyai wira seperti dia.

Masyarakat menuju pembebasan

Apa signifikasinya kebebasan? Adakah kebebasan yang dilaungkan ini sekadar retorika politik yang dimainkan? Bagi saya ternyata tidak. Tetapi kebebasan adalah garis yang meletakkan keadilan sebagai asas perjuangan.Ya, mungkin ianya punya nuansa dari segi takrifan individu tetapi adilkah masyarakat yang terus diperintah oleh golongan elit yang dahaga akan kuasa. Jose Marti melihat simbol Statue Of Liberty ini sebagai rasa penghormatan kepada harga sebenar demokrasi. Rakyat yang tertindas harus dibela nasib mereka dengan meletakkan hak mereka di tempat yang sebenar.

Masyarakat di sini berkongsi harapan yang sama iaitu harga kebebasan. Mereka dahaga akan kebijakan-kebijakan yang memberi pulangan kepada mereka. Itu adalah justifikasi yang sebenar apa itu takrifan kerajaan. Rakyat tidak seharusnya dibebani dengan penindasan dan penafian hak mereka. Apa yang saya cuba tawarkan di sini adalah kebebasan. Tentang nilai yang memberikan manusia hak bagi yang berhak. Pembebasan masyarakat haruslah didahulukan dengan dasar-dasar yang membangun. Yang mengenepikan pemikiran-pemikiran chaunivis dan rasa sangsi terhadap masyarakat yang berbilang bangsa. Politik yang terbaik adalah menawarkan solusi dengan bebas dari entiti sempit perkauman, memandang bangsa dan agama sebagai halangan kerana insan yang bernama manusia ini berkongsi satu nilai tanpa mengira latar-belakang mereka iaitu KEBEBASAN. -Roketkini.com

*Jose Marti (1853-1895) adalah seorang penyair dan wira negara Cuba yang berjuang membebaskan tanah airnya dari jajahan Sepanyol serta menentang campur tangan Amerika Syarikat di watan tercintanya (Editor)