Kenyataan Akhbar

Taktik terdesak BN dengan memainkan isu perkauman terhadap PR untuk melindungi kenaikan harga barang tidak akan berjaya

Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan, YAB Lim Guan Eng pada 26 Mei 2011 di Pulau Pinang.

Taktik terdesak BN dengan memainkan isu perkauman terhadap PR untuk melindungi kenaikan harga barang tidak akan berjaya dengan menipu dan membelenggu rakyat kerana pemotongan subsidi akan meninggalkan kesan kepada 27 juta rakyat Malaysia tetapi tidak mempengaruhi syarikat- syarikat besar seperti penjana tenaga bebas (IPP) dan Felda.

Taktik terdesak BN dengan memainkan isu perkauman terhadap PR untuk melindungi kenaikan harga barang tidak akan berjaya dengan menipu dan membelenggu rakyat kerana pemotongan subsidi akan meninggalkan kesan kepada 27 juta rakyat Malaysia tetapi tidak mempengaruhi syarikat- syarikat besar seperti penjana tenaga bebas (IPP) dan Felda. BN begitu terdesak dengan isu pemotongan subsidi ini apabila Timbalan Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe menuduh DAP cuba mencetuskan isu perkauman dalam pemotongan subsidi gula yang melibatkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Ini adalah tuduhan bodoh dari Tan kerana kenaikan harga gula sebanyak 20sen kepada RM2.30 sekilogram turut memberi kesan kepada Melayu. Atau Tan sendiri ingin menyatakan bahawa kenaikan harga gula dan petrol hanya akan mempengaruhi orang bukan Melayu?

Tan berkata demikian di Kuching pada dua hari lepas bahawa DAP menuduh Felda mengaut keuntungan daripada pemotongan subsidi gula. Ini adalah tidak benar. Tan sengaja memutar belitkan pendedahan saya yang mengatakan bahawa keuntungan yang diperolehi Felda dari perniagaan gula telah didedahkan oleh anak syarikatnya, MSM Malaysia Holdings Bhd.

MSM menghasilkan hampir 60 peratus dari pengeluaran gula halus di Malaysia yang bernilai RM2.46bilion atau RM3.50 untuk setiap saham oleh CIMB Investment Bank Bhd. Untuk tahun 2010, MSM menikmati keuntungan sebanyak RM 232 bilion sebelum harga gula meningkat sebanyak 20sen menjadikannya RM 2.30 sekilogram.

Keuntungan sebanyak RM232 juta ini sepatutnya mencukupi untuk mengawal sebarang penjimatan subsidi gula daripada kerajaan berbanding kenaikan harga gula. Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Zain Mohd Dom telah mengumumkan bahawa kenaikan harga gula adalah untuk mengurangkan subsidi gula sebanyak RM116.6 juta daripada RM400 juta setahun.

Apalah sangat RM116.6 juta penjimatan daripada pemotogan subsidi gula sebanyak 20 sen berbanding RM232 juta keuntungan yang diperolehi MSM tahun lalu? Kerajaan BN boleh memindahkan kos sebanyak RM11.6 juta dengan mudah; iaitu hanya sebahagian daripada RM232 juta keuntungan tahunan kepada MSM memandangkan ianya dimiliki oleh Felda

Sebaliknya, dengan dasar BN yang terpesong dan polisi berpusat korporat yang hanya membantu syarikat-syarikat besar, sanggup mengorbankan rakyat biasa yang miskin, BN telah memilih untuk memberi tamparan kepada 27 juta poket rakyat Malaysia daripada mengenakan syarikat raksasa yang berkeuntungan besar seperti Felda atau MSM. MSM seharusnya diminta untuk menyumbangkan dengan memindahkan sebahagian daripada keuntungan kepada kerajaan bagi membolehkan harga gula kekal kepada RM2.10 sekilogram.

Bagaimana DAP boleh bermain dengan politik perkauman sekiranya DAP sendiri meminta Kerajaan Persekutuan supaya mengambil sebahagian daripada keuntungan yang dikecapi Felda untuk membiayai kos dalam bentuk tanggungjawab sosial yang juga dapat membantu Melayu? Ini adalah politik perkauman BN yang cuba memecahbelahkan Melayu dan bukan Melayu dalam kes klasik untuk “pecah dan perintah”(divide and rule).

Semua Melayu dan bukan Melayu sama- sama akan menerima kesan dengan kenaikan harga barangan. Dan semua orang kaya termasuk Melayu dan bukan Melayu sama- sama akan menerima manfaat dan tidak dibebani dengan pemotongan subsidi seperti rakyat biasa yang menderita terutama manfaatnya dinikmati oleh penjana tenaga bebas (IPP).

Jelas BN dan Tan sudah ketandusan idea kerana tidak dapat menerangkan mengapa masih tiada tindakan diambil untuk mengurangkan subsidi sebanyak RM19 bilion setahun kepada IPP sedangkan tindakan pengurangan subsidi gas dan diesel beratus- ratus juta ringgit telah membebankan rakyat Malaysia.

Sebuah dasar sosial- ekonomi yang lebih adil harus dilaksanakan supaya subsidi terhadap golongan kaya dapat dipotong bukannya golongan miskin. Kegagalan BN melakukan perkara tersebut memberi gambaran jelas bahawa BN adalah berkaitan “Barang Naik” manakala PR adalah “Price Reduction”.

Lim Guan Eng