Kenyataan Akhbar

Adakah Kerajaan BN dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai semua penerima biasiswa JPA dan memastikan semua pelajar cemerlang memperolehi biasiswa luar Negara?

Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pada 31 Mei 2011 di Kuala Lumpur.

DAP tidak tertarik dalam percanggahan antara UMNO, MCA mahupun persaing dalaman MCA tetapi tertarik untuk melihat adakah Kerajaan BN dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai semua penerima biasiswa JPA dan memastikan semua pelajar cemerlang memperolehi biasiswa luar Negara?

DAP tidak berminat dalam percanggahan antara UMNO, MCA mahupun persaing dalaman MCA tetapi tertarik untuk melihat adakah Kerajaan BN dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai pemegang biasiswa JPA yang diberikan berdasarkan prestasi dan memastikan semua pelajar cemerlang ini boleh mendapatkan biasiswa luar Negara. JPA telah menyediakan 300 biasiswa untuk program ijazah luar Negara kepada pelajar cemerlang berdasarkan prestasi dan bukan mengikut bangsa. Wee juga turut mengakui bahawa bukan semua 300 biasiswa untuk program ijazah luar Negara ini diberikan kepada pelajar cemerlang berdasarkan prestasi.

Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mempertikaikan siapa yang harus dipersalahkan dalam pengagihan biasiswa JPA ini. Wee awal- awal lagi telah mendedahkan hak pelajar yang memperolehi keputusan 8A+ telah dinafikan untuk menerima biasiswa program ijazah luar Negara berbanding pelajar yang memperolehi keputusan kurang cemerlang. Nazri pula dengan tegas menyelar kenyataan Wee yang dianggap tidak berasas.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kemudiannya mengatakan bahawa semua pelajar cemerlang harus diberikan biasiswa luar Negara. Walau bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bahawa setiap pelajar yang memperolehi keputusan 8A+ akan diberikan biasiswa tetapi tidak semua akan dihantar ke luar Negara- Wee bersetuju dengan Perdana Menteri.

Kini Wee telah mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat dua perkara berbeza dan pendapat kedua- dua Perdana Menteri dan Chua adalah benar. Wee menuduh DAP cuba untuk menimbulkan pergaduhan antara beliau dan Presiden MCA.

Perkara ini sangat mengelirukan rakyat. DAP tidak pernah tertarik untuk terlibat dalam pergaduhan dalaman MCA dan puak politiknya. Semua orang tahu bahawa Wee adalah sebahagian daripada puak MCA yang telah memecat Chua Soi Lek sebagai ahli MCA berikutan skandal video seks yang melibatkan Chua. Wee juga tegas menentang untuk melantik Chua sebagai Presiden MCA.

Apa yang DAP tertarik sekarang hanyalah untuk memastikan semua pelajar cemerlang ini memperolehi biasiswa untuk program ijazah luar Negara dan memastikan butiran lanjut mengenai penerima biasiswa didedahkan bagi menegakkan prinsip telus dan tranparensi dapat diamalkan. Mengenai tuduhan Nazri yang mengatakan Wee berbohong, Wee seharusnya tampil untuk mendedahkan maklumat mengenai pelajar bukan pelajar cemerlang yang memperolehi biasiswa luar Negara yang sepatutnya diberi berdasarkan prestasi.

LIM GUAN ENG