Uncategorized

Sokongan padu kepada DAP dan Pakatan Rakyat

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada DAP kerana telah mencetuskan satu fenomena baru yg positif sejajar dengan perkembangan politik semasa – roketkini.com.

Diharap agar usaha murni kalian untuk mendekati rakyat disamping menyebarkan maklumat terkini dan tepat (boleh dipercayai) melalui roketkini.com akan dapat memangkin atau mempercepat perubahan terhadap politik tanahair yg pada masa ini bergelumang dengan pelbagai isu kotor, jijik, berpaksikan kejahatan dan membelakangkan rakyat kepada suasana yang lebih baik demi kesejahteraan rakyat umum tanpa mengira agama dan keturunan.

Untuk menambah kualiti dan memberi daya tarikan kepada portal roketkini.com saya mencadangkan agar diadakan satu ruang bagi pembaca atau umum untuk sama-sama berkarya mencurah idea dan menabur bakti wadah perjuangan melalui penulisan.

Saya dan isteri telah mendaftar sebagai pengundi ingin menyertai DAP kerana percaya dengan teras perjuangan parti.

Di samping itu, kami juga kagum dengan “good governance” yang ditunjukkan dan diketahui umum dalam pentadbiran DAP di negeri Pulau Pinang.

Saya mewakili kaum keluarga, saudara, ratusan sahabat dan kenalan saya yang rata-rata mempunyai pandangan serupa terhadap perkembangan politik negara ingin menyatakan bahawa kami akan memberi sokongan padu kepada DAP dan Pakatan Rakyat sekaligus berusaha untuk bersama-sama melenyapkan BN dari muka bumi Malaysia pada pilihan raya umum ke-13 yg bakal menjelang tiba.

Better to die fighting for freedom then be a prisoner all the days of our life…” – Bob Marley.

M. Suffry

25 Mei 2011