Berita

Jom sertai Rakan DAP di Kedah dan Perlis

ALOR SETAR, 5 JUN – Ingin berkenalan DAP atau mahu menawarkan diri sebagai sukarelawan parti tetapi belum bersedia untuk menjadi ahli?

Seperti kebanyakan organisasi DAP di peringkat negeri, DAP Kedah juga telah memulakan kempen untuk menggalakkan sesiapa sahaja yang berminat tanpa mengira kaum dan agama bagi membantu DAP dalam usaha bersamanya dengan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Kempen Rakan DAP yang dilancarkan di sini pada Mei lalu akan diteruskan dari semasa ke semasa di seluruh negeri Kedah dan Perlis, dan ia diharap dapat menarik minat orang ramai yang prihatin tanpa perlu menyertai parti.

Menurut Pengerusi DAP Kedah/Perlis Lee Guan Aik, harapan parti adalah untuk mendapatkan seberapa ramai sukarelawan bagi membantu bakal-bakal calon Pakatan Rakyat di semua kawasan dalam PRU ke-13 nanti.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Darulaman berkata sukarelawan yang didaftarkan sebagai Rakan DAP akan dilatih untuk bersedia dalam kerja menjadi ejen mengira undi, menjaga undi di pusat pusat pengundian dan beberapa tugas lain.
Bakal-bakal sukarelawan yang berminat dan berumur tidak kurang dari 18 tahun perlu perlu mengisi maklumat yang lengkap pada kad pendaftaran dan menghantarnya ke pejabat DAP Kedah yang juga Pusat Khidmat DUN Kota Darul Aman di No. 15 Tingkat Atas, Taman Perindustrian Ringan Kristal, Alor Setar; telefon waktu pejabat: 04-7320468/faks 04-330796.
Borang dan maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi wakil-wakil Alor Setar:

• Sdr. Cheah (016-4197692)
• Sdr. Vincent Chee (019-4040998)
• Sdr. Jason Chiang (012-5189116)
• Sdr. Chow (012-4278551)
• Sdr. Tan (017-5463357)
• Sdr Seow (019-480118)
• Sdr. Teh Seng Teik (016-4432800) – Sungai Petani
• Sdri. Nancy Yeoh (016-4699938) – Sungai Petani
• Sdr. Teh Seng Chuan (0194181118) – Perlis
• Sdr. Ling (012-4721999) – Perlis

Pendaftaran Rakan DAP juga boleh dilakukan secara online pada Facebook DAP Kedah atau hubungi e-mel: [email protected].

Kempen di seluruh Kedah dan Perlis itu juga membantu orang ramai untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi. – Roketkini.com